![]() | ||
| Lee Chong Wei | . |
Chong Wei kenal individu sogok Taufik Hidayat di Sukan Asia 2006 tapi enggan dedah nama
BERITA Mediacorp
24/8/2021
24/8/2021
KUALA LUMPUR: Lee Chong Wei mengaku mengenali individu yang cuba menyogok lawannya, Taufik Hidayat, di peringkat separuh akhir Sukan Asia Doha 2006.
Seorang pegawai sukan yang merupakan bekas pemain kebangsaan cuba menyogok jaguh Indonesia itu yang muncul juara selepas mengalahkan Lin Dan dalam penentuan pingat emas.
Baginya, ia sudah lama berlalu selepas juara dari Indonesia itu baru-baru ini mendedahkan dia didekati seorang pegawai dari Malaysia agar menyerah kalah dalam perlawanan berkenaan dengan menawarkan ganjaran dua kali ganda daripada RM60,000 (S$19,300) yang dijanjikan negaranya.
Malah, Chong Wei sendiri tidak berselindung pernah dipelawa sogokan dan ia berlaku ketika dia masih meniti persada dunia.
Dipetik daripada laporan New Straits Times, beliau tidak membuang masa untuk menghubungi juara Sukan Olimpik 2004 itu sejurus temu bualnya bersama media tempatan tersebar.
"Sejujurnya, saya tidak tahu mengenai perkara ini. Saya terkejut ketika orang mula menghubungi saya hari ini.
"Taufik adalah kawan baik saya, jadi saya segera menghubungi dia. Dia memberitahu saya apa yang telah berlaku.
"Mujur bagi orang seperti Taufik dan saya, kebanggaan negara selalu diutamakan.
"Saya tahu siapa orang itu tetapi ini sudah lama berlaku. Saya percaya kami semua harus terus maju.
"Saya tidak mahu menamakan atau memalukan siapa pun," kata bekas pemain nombor satu dunia itu kepada Astro Arena.
Sumber: BERITA Mediacorp
Pendedahan mengejutkan Taufik, Chong Wei!
— SinarOnline (@SinarOnline) August 24, 2021
Arena sukan negara gempar apabila pemain badminton Indonesia dedah seorang pegawai sukan dari Malaysia cuba menyogok beliau.
Klik https://t.co/bxdnokHf6Q untuk baca berita menarik lain#SinarHarian #VideoSinar #Badminton #Malaysia pic.twitter.com/U38t2SW1ez
