Translate

25 August 2021

Cabul Warga Emas, Tukang Kebun Dihukum Penjara 10 Tahun (Video)

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bilik sebuah pusat jagaan warga emas di negeri itu kira-kira jam 12.30 malam, 19 Ogos lalu. - Foto Astro AWANI

Cabul warga emas, tukang kebun dihukum penjara 10 tahun

Astro Awani
25/8/2021

AYER KEROH: Seorang tukang kebun sambilan warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah mencabul seorang warga emas di sebuah pusat jagaan orang tua, di Melaka Tengah, Melaka, minggu lalu.

Tertuduh, Firmus Nahak, 41, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.

Maziah pada penghakimannya turut menjatuhkan hukuman satu sebatan kepada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, bapa seorang anak itu didapati melakukan hubungan dengan cara memasukkan jari ke dalam kemaluan dan mendatangkan cedera kepada mangsa yang berusia 77 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di dalam bilik sebuah pusat jagaan warga emas di negeri itu kira-kira jam 12.30 malam, 19 Ogos lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 30 tahun, dan sebatan.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Wahidah Mohamad memohon hukuman penjara yang panjang dengan mengambil kira mangsa sudah berumur 77 tahun selain pengajaran kepada tertuduh serta masyarakat.

Hakim Maziah pada penghakimannya kemudian menetapkan penjara 10 tahun dan satu sebatan bermula tarikh ditangkap pada 19 Ogos lalu.

Tertuduh tidak diwakili peguam.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 15 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, rampas sya' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 29 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'MBPP roboh, sita tiga premis kendalian warga asing' 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Arab Saudi larang bawa penumpang ke tapak suci tan' 45 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, rampas sya' 50 mins ago