Translate

02 August 2021

Ahli Parlimen pembangkang akan tetap hadir ke Parlimen hari ini

 

Mesyuarat Khas Parlimen: Ahli Parlimen Pembangkang tetap hadir hari ini

Afiezy Azaman
Mesyuarat Khas Parlimen: Ahli Parlimen Pembangkang tetap hadir hari ini
Ahli Parlimen Pembangkang akan tetap hadir ke Parlimen walaupun sesi terakhir Mesyuarat Khas hari ini ditangguh ke tarikh yang belum dimaklumkan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang akan tetap hadir ke Parlimen walaupun sesi terakhir Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat hari ini telah ditangguhkan ke tarikh yang belum dimaklumkan.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, ketika mengesahkan perkara itu memaklumkan, mereka akan tiba di Parlimen kira-kira jam 9.30 pagi.
Kata Fahmi, rakan-rakan media jika tidak dibenarkan masuk boleh menunggu di simpang menuju jambatan ke Parlimen.
Manakala sesi Facebook Live akan dibuat dari Facebook Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pimpinan yang lain.
Turut mengesahkan kehadiran ke Parlimen hari ini antaranya ialah Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar, dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Terdahulu, dalam satu surat pemberitahuan kepada Ahli Parlimen, Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin memaklumkan mesyuarat khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat yang sepatutnya bersambung hari ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Sementara itu, satu notis dikeluarkan Setiausaha Dewan Negara, Muhd Sujairi Abdullah pula memberitahu mesyuarat khas Dewan Negara yang dijadualkan Selasa hingga Khamis depan ditangguh ke tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Penangguhan saat akhir itu antara lain disebabkan kebimbangan penularan COVID-19 selepas beberapa kes positif dilaporkan di Parlimen sepanjang minggu ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan seramai 2,093 individu sudah disaring sebelum mesyuarat bermula dan 56 kes positif dikesan.

UPDATED 



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED