Translate

12 August 2021

ADUN Indera Kayangan Lengkap Vaksin Positif COVID-19, Tidak Bergejala Dan Jalani Kuarantin

Gan Ay Ling menjadi kontak kepada seorang penduduk yang positif COVID-19 yang ditemuinya pada 8 Ogos lalu.

ADUN Indera Kayangan lengkap vaksin positif COVID-19, tidak bergejala dan jalani kuarantin

Astro Awani
12/8/2021

KANGAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling dijangkiti wabak COVID-19 walaupun beliau sudah lengkap menerima dua dos vaksin.

Menurut Ay Ling, beliau menjalani ujian saringan COVID-19 pada Isnin lalu di Klinik Kesihatan Kampung Gial, Arau dan memperoleh keputusan tersebut hari ini.

Dalam kiriman mesej kepada Astro AWANI, Ay Ling berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa seorang penduduk yang ditemuinya pada 8 Ogos lalu disahkan positif COVID-19 menyebabkannya segera melakukan ujian saringan.

Difahamkan, Ay Ling lengkap dos kedua pada 11 Jun lalu.

Sebaik mendapat keputusan ujian saringan itu, Ay Ling walaupun tidak menunjukkan sebarang gejala tetap mengamalkan pengasingan kendiri sebagai langkah berjaga-jaga dan akan meneruskannya sehingga habis tempoh jangkitan.

Berikutan itu, Pusat Komuniti DUN Indera Kayangan juga ditutup sementara.

Sehubungan itu, semua pihak yang mempunyai kontak rapatnya dengannya dimohon untuk menjalani saringan di klinik kesihatan terdekat.

Sebelum disahkan positif COVID-19, Ay Ling dilaporkan turun padang bagi menghantar bantuan kepada penduduk di kawasan Kangar yang terjejas dengan gangguan bekalan air.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED