Translate

12 August 2021

21,228 daripada 21,668 Kes Baharu Hari Ini Tidak Bergejala Atau Bergejala Ringan

 


Daripada jumlah 21,668 kes baharu hari ini (12 Ogos 2021):

- Kategori 5 (kritikal, gunakan ventilator): 192 kes, 0.9% (93.8% tiada/tidak lengkap vaksinasi)

- Kategori 4 (perlu bantuan oksigen): 84 kes, 0.4% (89.3% tiada/tidak lengkap vaksinasi)
- Kategori 3 (radang paru-paru): 164 kes, 0.8% (88.4% tiada/tidak lengkap vaksinasi)
- Kategori 2 (gejala ringan): 11,059 kes, 51% (86.9% tiada/tidak lengkap vaksinasi)
- Kategori 1 (tiada gejala): 10,169 kes, 46.9% (87.9% tiada/tidak lengkap vaksinasi)

Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status sama ada bertambah baik, atau merosot ke kategori lebih tinggi. 

Secara keseluruhannya, pada mula didiagnosa: 2.1% kes dilaporkan hari ini berada pada kategori 3-5 dan 97.9% kes pada kategori 1 dan 2. Didapati 87.44% kes yang baharu didiagnosa COVID-19 tiada/tidak lengkap vaksinasi. Oleh itu, segeralah dapatkan vaksinasi agar anda & keluarga terlindung daripada bahaya jangkitan COVID-19.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED