Translate

09 February 2021

Presiden Pas Hadi Awang Tawar Diri Terima Vaksin COVID-19

               

COVID-19 | Hadi tawar diri terima vaksin awal

Presiden Pas tawar diri jadi sebahagian yang pertama terima vaksin COVID-19


Astro Awani
9/2/2021

KUALA LUMPUR: Sebagai tanda sokongan terhadap usaha memerangi COVID-19, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan awal menerima suntikan vaksin.

Menerusi satu kenyataan di Facebooknya, Abdul Hadi memaklumkan beliau telah mendapat taklimat berkaitan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

"Justeru saya ingin menyatakan kesediaan untuk menjadi sebahagian daripada penerima terawal suntikan vaksin COVID-19 bersama-sama YAB Perdana Menteri, sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan memerangi pandemik ini.
"Pada masa sama, saya menyeru semua pihak untuk bersama-sama berganding bahu dan menggembeleng usaha untuk memerangi wabak COVID-19 tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

"Fokus utama kita sekarang adalah memastikan keselamatan rakyat terjamin dan ekonomi negara kembali pulih," katanya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas baru-baru ini.

Jelasnya, Khairy akan mengetuai satu Pasukan Petugas Khas bagi menguruskan pelaksanaan program imunisasi itu.

Menerusi program tersebut, kerajaan menyasarkan 70 peratus rakyat akan menerima vaksin pada suku pertama 2021 dengan tumpuan kepada golongan dewasa untuk mencapai imuniti kelompok.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Melaka viewed 'Penjawat awam terima habuan hingga' 1 min ago
A visitor from Osaka viewed '22,351 calon dapat 9A | BEST FBKL' 5 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Ringgit tinggi berbanding dolar AS selepas FOMC ce' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 24 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Rancang perjalanan melalui aplikasi MyPLUS-TTA | B' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Muat Naik Video Ibu Zayn Rayyan Berjalan Be' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kepada Semua Tolong Doakan Supaya Kebenaran Dan Ke' 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Muat Naik Video Ibu Zayn Rayyan Berjalan Be' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman | BEST' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '"Ini penyakit marah, bukan fakta e' 1 hr 27 mins ago