Translate

09 February 2021

Perlantikan 19 Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Bagi Menasihati YDP Agong Mengenai Darurat


Pelantikan 19 Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021
Tun Arifin Zakaria ketuai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021

Astro Awani
9/2/2021

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, 19 Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 ini telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain Arifin, Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai dan bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin turut dipilih menganggotai jawatankuasa tersebut.

Empat ahli parlimen kerajaan yang dipilih menganggotai jawatankuasa ini terdiri dari Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar, Tan Sri Noh Omar, Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Sri Rohani Abdul Karim, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd. Dun dan Ahli Parlimen Pasir Puteh Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Manakala tiga ahli parlimen pembangkang pula adalah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

"Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 berperanan untuk menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.

"Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri berperanan sebagai urus setia jawatankuasa ini," kata kenyataan itu.

Berikut merupakan senarai penuh Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021

1. Tun Arifin Zakaria, bekas Ketua Hakim Negara – Pengerusi
2. Tan Sri Samsudin Osman, bekas Ketua Setiausaha Negara
3. Tan Sri Norian Mai, bekas Ketua Polis Negara
4. Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, bekas Panglima Angkatan Tentera
5. Prof. Tan Sri Dr. Mohamad Taha Arif, bekas Ketua Pengarah Kesihatan
6. Tan Sri Dr. Yahya Awang, pakar bedah jantung
7. Tan Sri Ter Leong Yap, Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia
8. Tan Sri Dr. R. Palan, Pro-Canselor Universiti Cyberjaya
9. Dato’ Setia Sallehuddin Saidin, bekas Timbalan Pendakwaraya Pejabat Peguam Negara
10. Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis
11. Prof. Datu Dr. Andrew Kiyu Dawi anak Usop, pakar kesihatan awam
12. Tan Sri Sukarti Wakiman, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
13. Tan Sri Noh Omar, Ahli Parlimen Tanjung Karang
14. YB Datuk Sri Rohani Abdul Karim, Ahli Parlimen Batang Lupar
15. YB Datuk Azizah Mohd. Dun, Ahli Parlimen Beaufort
16. YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ahli Parlimen Pasir Puteh
17. YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu
18. YB Anthony Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Seremban
19. YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:





 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED