Translate

09 February 2021

Kartel daging: Pengarah, Pengurus Dan Syarikat Didakwa Guna Logo Halal Palsu


Kartel daging: Pengarah, pengurus dan syarikat didakwa bekal daging tak halal  

Kartel daging: Syarikat sejuk beku, pengarah dan pengurus didakwa guna logo halal palsu

Astro Awani
9/2/2021

JOHOR BAHRU: Sebuah syarikat sejuk beku bersama seorang pengarah dan seorang pengurusnya didakwa atas 21 pertuduhan memiliki, menawarkan dan menggunakan logo halal palsu berkaitan kartel daging, di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini hari ini.

Syarikat LY Frozen Food Sdn. Bhd bersama pengarahnya, Yong Chee Keong, dan Tan Siew Huak (yang masih bebas) serta pengurus syarikat, Chong Kim Kuang, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.

Pengakuan itu direkodkan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan hakim, Ahmad Fuad Othman.

Mengikut kertas pertuduhan, syarikat dan dua tertuduh serta seorang yang masih bebas didakwa menggunakan, memiliki dan menawarkan 3,418 kotak makanan sejuk beku menggunakan perihal dagangan palsu tanpa kelulusan dua syarikat pembekal dari Australia.

Selain itu ia menggunakan logo halal palsu serta tanpa kelulusan dari dua badan persijilan halal Australia.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Perindustrian Desa Idaman, Senai, Kulai di sini antara 1 hingga 3 Disember tahun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 5(1)(a), Seksyen 5(1)(c) Akta Perihal Dagangan 2011, Perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Jika sabit kesalahan boleh didenda antara RM100,000 hingga RM500,000 ribu atau dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Mohammad Onn Abd. Aziz, Kwan Li Sa, Syazwani Zawawi, T. Ashivinii dan Kee Shu Min.

Manakala tertuduh diwakili barisan peguam Zamri Idrus, Yusman Che Aman dan Saiful Zaman Abd. Rahman.

Mahkamah menetapkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh selain pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri setiap dua minggu sekali di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai.

Sebutan semula kes ditetapkan 28 Mac ini.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Melonjak | BEST FBKL' 26 secs ago
A visitor from Iowa viewed 'KL court official called back to court for trial |' 58 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'Hospital Pasir Gudang hampir siap, dijangka berope' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'DAP terus bersatu selepas pemilihan parti, fokus k' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Mangsa banjir di Johor, Sarawak terus meningkat pa' 14 mins ago
A visitor from George town viewed 'Doktor didakwa rogol, lakukan persetubuhan luar ta' 19 mins ago
A visitor from Delaware viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 20 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 25 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Berita baik daripada kerajaan diharap beri keceria' 51 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS | BEST ' 52 mins ago