Translate

09 February 2021

Kenyataan Terperinci Covid-19 KKM - DG Hisham


Kenyataan Akhbar KPK 9 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

9 FEBRUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 9 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 3,887 kes (196,566 kes kumulatif, 79.2%);
  • Kes baharu : 2,764 kes (248,316 kes kumulatif);
  • Kes import : 6 kes (3 warganegara; 3 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 2,758 kes [1,850 warganegara (67.1%); 908 bukan warganegara (32.9%)];
  • Kes aktif : 50,841 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 289 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 127 kesdan
  • Kes kematian : 13 kes (909 kes kumulatif , 0.37%)

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 862 kes (31.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 668 kes (77.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 521 kes (18.8 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 422 kes (15.3 peratus).

Sebanyak 51 kes (1.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (27 kes), Kluster Tembok Renggam (9 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (8 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (4 kes), dan Kluster Tembok Bukit Besi (3 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan enam (6) kes di Selangor, masing-masing dua (2) kes di Sabah, Sarawak, dan Johor, dan satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 9 Februari 2021;

  • Jumlah kluster : 920 kluster;
  • Jumlah kluster baharu :12 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 461 kluster (termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Dewani, Kluster Iris, Kluster Tapak Bina Jalan Stesen, dan Kluster Kampung Baharu);
  • Jumlah kluster aktif : 459 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 93 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Industri Serkam (156 kes), Kluster Senai City Lapan (114 kes), dan Kluster Mayang Pasir (52 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 11 kluster berkaitan tempat kerja dan satu (1) kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Besi CyberJohorTempat Kerja
2Senai City LapanJohorTempat Kerja
3Jalan Parit MesjidJohorTempat Kerja
4Jalan Cyber 14JohorTempat Kerja
5Tapak Bina Persiaran PuteriSelangorTempat Kerja
6Industri MahkotaSelangorTempat Kerja
7Kejuruteraan Subang BaruSelangorTempat Kerja
8Jalan BudimanWP Kuala LumpurTempat Kerja
9Tapak Bina Jalan PantaiWP Kuala LumpurTempat Kerja
10Hulu JeroccoSabahTempat Kerja
11Lengkok EmasNegeri SembilanTempat Kerja
12Dialisis Masjid TanahMelakaKumpulan Berisiko Tinggi

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

9 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 9 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR862 (2)80,442
SABAH18050,723
WP KUALA LUMPUR422 (2)29,940
JOHOR521 (2)27,655
NEGERI SEMBILAN9912,597
PULAU PINANG1199,269
PERAK406,964
KEDAH596,361
SARAWAK1115,871
MELAKA2035,343
KELANTAN  623,696
PAHANG323,438
TERENGGANU342,652
WP LABUAN102,204
WP PUTRAJAYA10973
PERLIS0188
JUMLAH KESELURUHAN2,764 (6)248,316

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Kes positif 2,764 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 9 Februari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 862  kes 
    • 168 kes daripada kluster-kluster; termasuk 46 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Industri Mahkota, Kluster Kejuruteraan Subang Baru, dan Kluster Tapak Bina Persiaran Puteri;
    • 500 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 192 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 521 kes  
    • 255 kes daripada kluster-kluster, termasuk 184 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Besi Cyber, Kluster Senai City Lapan, Kluster Jalan Parit Mesjid, dan Kluster Jalan Cyber 14;
    • 136 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 128 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 422 kes  
    • 66 kes daripada kluster-kluster, termasuk 22 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Pantai dan Kluster Jalan Budiman;
    • 168 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 186 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 203 kes
    • 190 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Dialisis Masjid Tanah;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 180 kes 
    • 15 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Hulu Jerocco;
    • 123 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 42 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 119 kes 
    • 73 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 111 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 81 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 99 kes
    • 29 kes daripada kluster-kluster, termasuk 22 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lengkok Emas;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 56 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 62 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster sedia ada;
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 59 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 40 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 34 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 32 kes
    • 18 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 10 kes
    • Empat (4) kes daripada  kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 10 kes
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
897125451SabahLelaki (WN)74Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu
898129933SelangorLelaki (WN)49Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
899173370SabahPerempuan (WN)78Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
900175523SarawakPerempuan (WN)66Hospital SibuPenyakit kencing manis dan darah tinggi
901179807SarawakLelaki (WN)54Hospital SibuPenyakit darah tinggi
902210176SelangorLelaki (WN)63Hospital SelayangPenyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik
903218244JohorPerempuan (WN)78Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
904221126WP Kuala LumpurLelaki (WN)54Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, Thalassemia, buah pinggang kronik, dan strok
905225884JohorLelaki (WN)80Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu PahatPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
906228957SelangorPerempuan (WN)71Hospital AmpangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan gout
907235176SelangorPerempuan (WN)67Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buang pinggang kronik
908243642SelangorLelaki (WN)78Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
909243643SelangorLelaki (WN)79Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung

Ringkasan 13 kes kematian pada 9 Februari 2021 adalah seperti berikut:

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN PUTERI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Persiaran Puteri, Taman Puchong, Petaling. Sehingga 9 Februari 2021, sejumlah 320 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER KEJURUTERAAN SUBANG BARU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Kampung Subang Baru, Shah Alam, Petaling. Sehingga 9 Februari 2021, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER INDUSTRI MAHKOTA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah syarikat di Kawasan Perindustrian Mahkota, Pekan Sungai Manggis, Kuala Langat. Sehingga 9 Februari 2021, sejumlah 1,536 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER SENAI CITY LAPAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru di Johor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan I-Park Sac 8, Taman Perindustrian I-Park SAC, Senai, Kulai. Sehingga 9 Februari 2021, sejumlah 318 individu telah disaring, di mana 114 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER BESI CYBER

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Cyber 5, Kawasan Perindustrian Senai, Kulai. Sehingga 9 Februari 2021, sejumlah 136 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER JALAN PARIT MESJID

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Parit Mesjid, Bukit Pasir, Muar. Sehingga 9 Februari 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER JALAN CYBER 14

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Cyber 14, Kawasan Perindustrian Senai IV. Sehingga 9 Februari 2021, sejumlah 189 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER TAPAK BINA JALAN PANTAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, Lembah Pantai. Sehingga 9 Februari 2021, sejumlah 35 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER JALAN BUDIMAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-246618) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak di Jalan Budiman, Bandar Tun Razak, Cheras. Sehingga 9 Februari 2021, sejumlah 11 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER DIALISIS MASJID TANAH

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Alor Gajah, Melaka Tengah, dan Jasin di Melaka serta daerah Rembau di Negeri Sembilan.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-244703) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat dialisis di  Masjid Tanah, Alor Gajah. Sehingga 9 Februari 2021, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11. KLUSTER HULU JEROCCO

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinabatangan di Sabah. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah ladang di Jalan Jerocco, Kinabatangan. Sehingga 9 Februari 2021, sejumlah 29 individu telah disaring, di mana kesemua kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

12. KLUSTER LENGKOK EMAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Lengkok Emas 1, Kawasan Perindustrian Nilai, Seremban. Sehingga 9 Februari 2021, sejumlah 130 individu telah disaring, di mana 55 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED