Translate

09 February 2021

SOP Industri Kreatif DiTambah Baik


9/2/2021

Kerajaan telah membenarkan operasi produksi animasi dan muzik, pasca-produksi di studio, pembangunan muzik secara digital, rakaman lagu di studio, pra-produksi penggambaran dan aktiviti penggambaran di studio tanpa penonton mulai 10 Februari 2021.


PKP 2.0: Industri kreatif dibenarkan beroperasi dengan SOP ketat - Ismail Sabri

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk membenarkan sektor industri kreatif kembali beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, bermula Rabu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata keputusan itu dibuat setelah kerajaan mengambil kira rayuan yang dibuat oleh pemain industri kreatif.

Beliau berkata, senarai yang dibenarkan beroperasi adalah produksi animasi dan muzik, pasca-produksi di studio, pembangunan muzik secara digital dan rakaman lagu di studio.

"Turut dibenarkan adalah pra-produksi penggambaran serta penggambaran di studio merangkumi drama, telemovie, iklan, dokumentari, sitkom, siaran langsung, rakaman kebudayaan, seni dan warisan tanpa penonton," katanya.

Sebelum beberapa pemain industri kreatif merayu agar kerajaan membenarkan mereka kembali beroperasi ekoran dari hilang punca pendapatan apabila banyak kegiatan tidak dibenarkan.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:





 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 34 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Inspektor polis didakwa terima rasuah RM23,000 | B' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Muhyiddin sekali lagi mohon pindah kes salah guna ' 44 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tarikh akhir kemuka e-Borang tahun taksiran 2024 e' 48 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 56 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Penghormatan terakhir untuk semua' 56 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 58 mins ago