Translate

14 February 2021

Beri Kontrak RM36, 000 Kepada Ahli Keluarga, Penjawat Awam Ditahan SPRM

Beri kontrak RM36, 000 kepada ahli keluarga, penjawat awam ditahan SPRM

BERNAMA
14/02/2021 

KOTA KINABALU, 14 Feb -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam, kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan dengan memberikan beberapa kontrak bernilai kira-kira RM36,000 kepada ahli keluarga.

Lelaki berusia lingkungan 40an tersebut, telah ditahan pukul 12.15 tengah hari di Pejabat SPRM Sabah.

Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy ketika dihubungi pemberita, mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata suspek ditahan kerana memberikan beberapa kontrak pembekalan dan pembaikan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), serta pembekalan makanan yang berjumlah keseluruhan melebihi RM36,000 kepada ahli keluarga.

“Saya kecewa kerana masih terdapat kakitangan awam menggunakan kedudukan untuk kepentingan sendiri, dengan memberikan kontrak kepada ahli keluarga yang mana ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, walaupun ingatan demi ingatan telah diberikan kepada pejawat awam tetapi ia masih berlaku,” katanya.

Sementara itu, Karunanithy mengesahkan, dua lagi individu telah ditahan susulan penahanan empat kakitangan sebuah agensi kerajaan Persekutuan di Sabah, berhubung kesalahan mengemukakan tuntutan elaun perjalanan palsu beberapa hari lepas.

Katanya, kakitangan dari agensi yang sama berusia 39 dan 41 tahun itu, telah ditahan pada hari ini kira-kira pukul 12.00 tengah hari di Pejabat SPRM Sabah atas kesalahan yang sama iaitu Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Kesemua mereka ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan akan dikemukakan ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu,” katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Boardman viewed 'Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh denga' 12 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Merdeka 118 jadi lokasi penggambaran filem Hollywo' 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'SPRM tahan ketua cawangan jabatan kerajaan di Kela' 54 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Massive Fire Breaks Out In PARIS, Sends Black Smok' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'ASEAN digesa tingkat pelaburan modal sektor swasta' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'RM16 juta adalah derma kepada UMNO laksana program' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Mungkin anda terkena serang' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'MCMC buka empat kertas siasatan, pempengar' 1 hr 19 mins ago