Translate

18 September 2020

Video Viral: Polis sedang buru pemandu Proton Wira Dalam Rakaman Dashcam


Dua Warga Indonesia Langgar Anggota Polis!


Source: Info Roadblock JPJ/POLIS

UPDATED:

Pegawai polis cedera dilanggar kereta
BERNAMA
18/09/2020 06:38 PM


SHAH ALAM, 18 Sept -- Seorang pegawai polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam cedera selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta di Bulatan Puncak Perdana pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata kejadian berlaku ketika pegawai itu sedang memantau operasi trafik di sekitar kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, dengan berpakaian preman pada kira-kira pukul 8.10 pagi.

Beliau berkata mengikut laporan, pegawai itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Proton Wira berwarna emas yang disyaki dinaiki dua lelaki warga Indonesia.

“Pengadu terjatuh di atas jalan raya, manakala pemandu kereta itu terus melarikan diri menghala ke arah Puncak Alam.. pengadu mengalami kecederaan di kaki dan kesakitan badan, motosikalnya juga rosak di bahagian belakang sebelah tepi kanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya insiden itu turut disaksikan beberapa anggota polis di tempat kejadian dan pegawai itu telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan dan rawatan.

Sehubungan itu Baharudin berkata polis sedang berusaha menghubungi seorang lelaki bernama Mospid Norasmad bagi membantu siasatan, selepas semakan Jabatan Pengangkutan Jalan mendapati kereta itu didaftarkan atas namanya.


-- BERNAMA

18 September 2020

Bukan setakat lari sekatan jalan raya, malah rempuh motosikal dipercayai anggota polis.

Polis sedang buru pemandu Proton Wira dalam rakaman dashcam ini

Kejadian berlaku pagi tadi di Persiaran Mokhtar Dahari, Shah Alam. Sesiapa ada maklumat salurkan kepada @PDRMsia

Siasatan awal mendapati proton Wira berkenaan disyaki dipandu dan dinaiki dua lelaki warga Indonesia. Polis sedang mengesan mereka Pegawai polis, Inspektor Ismail Aun dari trafik Shah Alam berusia 55 tahun cedera di kaki dan sakit anggota badan akibat rempuhan

Hasil semakan JPJ ke atas kereta WHQ 4088 didapati daftar atas penama Mopid Norasmad No Kp:691012-71-xxxx Alamat: 107 Tingkat bawah Blok 75 Jalan Titiwangsa 24/1 Sek 24 Shah Alam.



Source: Mohd Redzuan Abdul Manap 


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED