WILAYAHKU
5 September 2020
KECOH dan tular di media sosial apabila tersebarnya dua video yang melibatkan dua lelaki melakukan hubungan seks sejenis.
Lebih menggemparkan apabila salah seorang pelakunya mempunyai wajah seiras model dalam video muzik salah sebuah lagu nyanyian Rozita Rohaizad.
Sebelum ini, Rozita yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan model tersebut, mengaku terkejut dengan penyebaran video seks itu.
“Iya.. ramai yang cakap saya membela model muda itu. Dia bukan anak ikan saya tetapi kami rapat seperti seorang kakak dengan adiknya.
“Jujur cakap, saya sangat terkejut apabila diberitahu tentang video yang tersebar itu. Saya sendiri tidak tahu apatah lagi menonton video tersebut,” katanya kepada Wilayahku.
Rozita juga enggan mengulas lanjut pasal video Seks tersebut kerana menghormati model yang sudah dianggapnya seperti adik.
“Kalaulah betul pelaku dalam video itu adalah dia, saya harap dia boleh betulkan keadaan dan belajar daripada kesilapan itu.
“Kepada yang menyebarkan video, tolonglah jangan sesuka hati buka aib orang. Saya tidak pasti apa niat dia, tapi apa yang dilakukan itu melibatkan maruah orang.
“Sudah-sudahlah buat dosa buka aib orang. Kalau ada masalah, selesaikan dengan cara baik. Bukan dengan memalukan orang di media sosial,” luahnya yang berharap masyarakat di luar sana berhati-hati.
Rozita yang juga anak saudara kepada biduanita negara Allahyarham Puan Sri Saloma ini berharap kes sebegini dijadikan pengajaran buat semua.
Pasal kerjaya, Rozita sudah muncul dengan lagu Doa Untuk Dunia yang mengajak masyarakat sama-sama terus berdoa dalam memerangi pandemik COVID-19. – WILAYAHKU
Source : WILAYAHKU