Translate

17 September 2020

Syed Saddiq Hantar Permohonan Pendaftaran Parti MUDA di RoS (1 Video)


Syed Saddiq applies to register new party, Muda

 

Syed Saddiq Hantar Permohonan Pendaftaran Parti MUDA di RoS
BERNAMA
17/09/2020 12:40 PM


PUTRAJAYA, 17 September -- Bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengemukakan permohonan pendaftaran parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu hadir ke RoS di sini kira-kira 10.30 pagi bagi menghantar beberapa dokumen untuk pendaftaran parti baharu itu.

Ditemui media selepas hadir ke RoS, Syed Saddiq berkata MUDA boleh disertai pelbagai kaum di Malaysia dan tiada had umur ditetapkan.

“Parti ini akan dipimpin oleh anak muda daripada pelbagai lapisan masyarakat," katanya, sambil menambah MUDA kini mempunyai 13 penaja.

Menurutnya, struktur organisasi parti MUDA akan diumumkan dalam masa terdekat.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED