Translate

10 September 2020

PRN Sabah: PKR tanding tujuh kerusi, guna logo sendiri



Astro Awani
10 September 2020


KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah lewat petang ini mengumumkan untuk mencapai kata sepakat dengan sekutu rapat Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk bertanding di tujuh kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Pengerusinya, Datuk Christina Liew berkata, perkara itu mendapat restu dan pengesahan daripada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Malah, Christina juga memaklumkan PKR akan menggunakan logo parti sendiri berbanding rakan komponen Pakatan Harapan (PH) seperti DAP dan Amanah yang bersetuju mengguna pakai lambang Warisan.

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan Warisan, DAP, UPKO dan Amanah dalam memastikan kestabilan sebagai satu pasukan yang mantap untuk mempertahankan mandat rakyat.

"Meskipun keputusan menggunakan logo sendiri, kami berharap pengundi di Sabah akan terus menyokong pakatan ini," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Jelasnya lagi, PKR Sabah akan meneruskan kesinambungan hubungan sedia ada di antara sekutu parti mereka selain memberikan sokongan kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku Presiden Warisan.

Tujuh kerusi dimaksudkan adalah Matunggong, Tempasuk, Tamparuli, Inanam, Api-Api, Klias dan Sook.


Source : Astro Awani

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED