Translate

10 September 2020

PRN Sabah: Gandingan Shafie Apdal, nama-nama besar wakili Warisan Plus



Astro Awani
10 September 2020

KOTA KINABALU: Dua bekas menteri yang juga ahli Parlimen dicalonkan bagi kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri DUN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Ahli Parlimen Penampang, Datuk Darrel Leiking dicalonkan bagi kerusi (N26) Moyog manakala Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi dicalonkan bagi kerusi (N61) Segama.

Presiden Parti Warisan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan 53 senarai calon-calon yang menggunakan logo Warisan iaitu dari DAP dan Amanah.

Dari jumlah tersebut 45 kerusi ditandingi Warisan, tujuh bagi DAP dan satu kerusi bagi Amanah.

Sementara itu bagi kerusi yang ditandingi Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu UPKO, Presidennya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mengumumkan 12 kerusi Dun yang ditandingi parti itu.

Madius yang juga mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah dicalonkan bagi kerusi N15 Kiulu.

Bagaimanapun, baki lapan lagi kerusi bakal diketahui apabila pengumuman dibuat oleh Parti Keadilan Rakyat PKR.

Source : Astro Awani

Image


Image

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED