Translate

15 September 2020

Lima individu bantu siasatan kes lelaki dipukul mati - Polis



Lima individu bantu siasatan kes lelaki dipukul mati - Polis
BERNAMA
14/09/2020 08:37 PM


KUALA LUMPUR, 14 Sept -- Polis sedang berusaha mengesan lima individu bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang lelaki berusia 26 tahun yang disyaki dipukul sekumpulan lelaki di Kajang 14 Ogos lepas.

Mereka terdiri daripada N. Vesnu, 29, dan V. Sugumaran, 31, masing-masing beralamat terakhir di Nombor 32 Jalan Muhibah, Taman Muhibah, Sungai Chuah, Selangor dan Nombor 3 Jalan Cendana 3, Taman Cendana, Sungai Chua, Kajang.

Tiga lagi ialah S.Tinakaran, 30, yang beralamat di Nombor 27 Jalan 6, Taman Asa Jaya Kajang, Kajang, K Guganesan, 25, yang beralamat di Nombor 111, Gelang 7, Bandar Putri, Klang dan R. Navukarasan beralamat di Nombor 40, Jalan 2, Taman Semarak, Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan atau individu dicari, diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau hubungi terus pegawai penyiasat kes ASP Vekram Sinnaiah dengan menelefon 019-4737108.

Menurutnya dalam kejadian pada kira-kira pukul 10.24 malam bulan lepas, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa teman lelakinya dipukul oleh sekumpulan lelaki semasa berada di Pangsapuri Jade Hill, Seri Kembangan, di sini, dan lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang dengan kesan kecederaan di seluruh badan.

“Suspek disyaki menggunakan objek tumpul untuk menyerang si mati, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya kepada Bernama hari ini.


-- BERNAMA





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED