Translate

05 September 2020

Kenyataan Air Selangor - 4 Loji Rawatan Air Telah Beroperasi Semula Secara Berperingkat(8.00 Pagi)





05/09/2020 10:17 AM



SHAH ALAM, 5 Sept -- Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang telah mula beroperasi semula secara berperingkat pada pukul 10.30 malam tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor Sdn Bhd Elina Baseri berkata bagaimanapun, aktiviti mencuci dan mengepam yang mengambil masa kira-kira 10 jam perlu dilakukan terlebih dahulu di keempat-empat LRA berkenaan sebelum ia dapat beroperasi sepenuhnya.

"Kerja-kerja mengisi air di kolam imbangan sehingga ke paras empat meter dijangka selesai pada 8.30 pagi ini, sebelum ia dapat diagihkan kepada para pengguna.


"Air Selangor akan memaklumkan jadual pemulihan bekalan air mengikut kawasan setelah sistem agihan bekalan air distabilkan. Ini termasuk memenuhkan semua tangki-tangki utama yang telah kosong, memastikan tekanan air mencukupi dan memastikan tiada ‘airlock’ dalam sistem perpaipan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Elina, Air Selangor akan terus melaksanakan pelepasan air mentah dari Empangan Sungai Selangor sebanyak 500 juta liter sehari (JLH), Empangan Sg Tinggi sebanyak 800 JLH, HORAS 600 sebanyak 150 JLH dan operasi pengepaman kolam air pula sebanyak 2,023 JLH untuk membantu proses pemulihan sumber air mentah bagi keempat-empat LRA yang kini sedang beroperasi merawat air dengan kapasiti maksimum sebanyak 2,850 JLH.

"Air Selangor telah mendapat bantuan sembilan lori tangki daripada operator air negeri lain antaranya Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) dan Syarikat Ranhill SAJ Sdn Bhd (SAJ) untuk membantu mengagihkan air kepada pengguna," katanya.


Menurut Elina, di samping itu, Air Selangor juga menggerakkan sebanyak 114 lori tangki termasuk sembilan daripada operator negeri lain, menyediakan 22 pili awam di kawasan yang mempunyai bekalan air dan menempatkan 70 tangki statik di 19 Pusat Khidmat Setempat.

"Air Selangor akan mengemas kini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com. Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air," katanya.

Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula Khamis lepas.


Tujuh wilayah berkenaan ialah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

-- BERNAMA




KENYATAAN AIR SELANGOR:


4 LOJI RAWATAN AIR TELAH BEROPERASI SEMULA (5 September 2020, 8:00 pagi)



Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang telah beroperasi semula pada jam 10.30 malam, 4 September 2020 secara berperingkat-peringkat. 

Keempat-empat LRA ini mengambil masa selama 10 jam untuk aktiviti pencucian dan pengepaman di setiap bahagian dalam proses rawatan di LRA supaya dapat beroperasi sepenuhnya bagi mengisi kolam imbangan sehingga ke paras 4 meter yang dijangka selesai pada jam 8.30 pagi ini, 5 September 2020 sebelum dapat diagihkan kepada para pengguna. Air Selangor akan memaklumkan jadual pemulihan bekalan air mengikut kawasan setelah sistem agihan bekalan air distabilkan terlebih dahulu. 

Ini termasuk memenuhkan semua tangki-tangki utama yang telah kosong, memastikan tekanan air mencukupi dan memastikan tiada ‘airlock’ dalam sistem perpaipan.



Air Selangor juga terus melaksanakan pelepasan air mentah dari Empangan Sg. Selangor sebanyak 500 juta liter sehari (JLH), Empangan Sg Tinggi sebanyak 800 JLH, HORAS 600 sebanyak 150 JLH dan operasi pengepaman kolam air pula sebanyak 582 JLH untuk membantu proses pemulihan sumber air mentah bagi keempat-empat LRA yang kini sedang beroperasi merawat air dengan kapasiti maksimum sebanyak 2,850 JLH.



Dalam pada itu, Air Selangor telah mendapat bantuan 9 lori tangki daripada operator air negeri lain seperti Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) dan Syarikat Ranhill SAJ Sdn Bhd ( SAJ) untuk membantu mengagihkan air kepada para pengguna yang terjejas. 

Bantuan bekalan air kecemasan yang telah dilaksanakan oleh Air Selangor sehingga kini adalah menggerakkan sebanyak 114 lori tangki termasuk 9 dari operator negeri lain, menyediakan 22 pili awam di kawasan yang mempunyai bekalan air, menempatkan 70 tangki statik di 19 Pusat Khidmat Setempat serta mengagihkan air minum 5 liter kepada para pengguna yang terjejas.



Air Selangor akan mengemaskini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com. Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air. 





- TAMAT –

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED