Translate

11 September 2020

Ingkar PKPP: 312 Individu Ditahan , 267 Dikompaun , 38 Direman dan 7 Dijamin


Astro Awani
11 September 2020


KUALA LUMPUR: Hari ke 93 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menyaksikan majoriti individu yang ditahan, berkait dengan aktiviti menyukarkan penjarakan fizikal, kelab malam dan pub, serta aktiviti pelacuran.

Berikut merupakan lima perkara penting daripada kenyataan akhbar Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

1. 312 individu telah ditahan atas kesalahan ingkar PKP, 267 dikompaun, 38 direman, dan 7 dijamin.

2. 143 kes melibatkan aktiviti kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal, 73 kes berkaitan aktiviti di kelab malam, dan pub, 31 kes melibatkan aktiviti pelacuran.

3. Op Benteng menyaksikan 86 orang PATI, seorang penyeludup, dan seorang tekong ditahan.

4. Sehingga 10 September, 2020, 26,999 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa, dan ditempatkan di 70 hotel dan lapan premis lain.

5. Dalam pemeriksaan KPDNHEP, 1,607 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala 15 premis diberi nasihat kerana tidak patuh SOP.


Source : Astro Awani


Image

Image

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED