Translate

17 September 2020

Ingkar PKPP: 292 Ditahan Berhibur di Kelab Malam | 584 Individu Ditahan , 568 Dikompaun , 16 Direman



Lima perkara penting yang dinyatakan Ismail Sabri hari ini
Astro Awani
17 September 2020


KUALA LUMPUR : Separuh daripada 584 individu yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Rabu adalah terdiri daripada pengunjung kelab malam.

Berikut merupakan lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan akhbar, hari ini (Khamis, 17 September 2020):

1) PDRM membuat 57,117 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP.

2) PDRM menahan 584 individu atas pelbagai kesalahan, termasuk 16 individu direman.

3) Sebanyak 65 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan tiga tekong ditahan menerusi Operasi Benteng.

4) Dari 24 Julai hingga 15 September lalu, 29,748 individu memasuki Malaysia. Daripada jumlah itu, 9,517 individu diarahkan menjalani kuarantin wajib.

5) Sebanyak 15 premis tidak mematuhi SOP diberi nasihat.


Ingkar PKPP: 584 individu ditahan, 50 peratus adalah pengunjung kelab malam - Ismail Sabri


KUALA LUMPUR : Separuh daripada 584 individu yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Rabu adalah terdiri daripada pengunjung kelab malam.

Ia diikuti kesalahan tidak mematuhi penjarakan fizikal sebanyak 224 individu atau 38 peratus daripada tangkapan itu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia diikuti kesalahan tidak mematuhi penjarakan fizikal sebanyak 224 individu, ingkar perintah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) (18 individu), gagal menyediakan peralatan / merekod butiran diri (17 individu), tidak memakai pelitup muka (14 individu), ceroboh kawasan larangan (13 individu) dan enam ditahan kerana premis beroperasi lebih masa.

Beliau memberitahu, daripada jumlah itu, 16 individu ditahan reman manakala 568 individu lagi dikenakan kompaun.

"Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 57,117 pemeriksaan semalam (16 September 2020) bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP," katanya pada kenyataan akhbar di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menjelaskan, penguat kuasa juga melakukan pemantauan di 3,838 pasar raya, restoran (5,022 premis), penjaja (1,363 premis), kilang (1,029 premis), bank (3,541 premis) dan 3,541 pejabat kerajaan.

Katanya, pasukan itu turut memeriksa 1,052 terminal pengangkutan darat, terminal pengangkutan air (205 terminal) dan 88 terminal pengangkutan udara

Beliau memberitahu, menerusi Op Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac lalu, sebanyak 9,980 operasi sanitasi merangkumi 135 zon dilakukan.

Jelasnya, 13,011 premis telah disanitasi yang terdiri daripada 2,712 pusat perniagaan, bangunan kerajaan (5,728), kawasan perumahan termasuk PPR (1,600), tempat awam ( 2,617) dan 354 pasar raya.

"Semalam (16 September 2020), sebanyak 12 operasi sanitasi masing-masing meliputi satu di zon merah dan kuning, manakala lapan lagi di zon hijau yang melibatkan lima buah negeri.

"Antaranya Sabah (tiga operasi), Kedah (tiga operasi), Pulau Pinang (dua operasi), Melaka (dua operasi) dan Sarawak (dua operasi)," tambahnya.

Operasi sanitasi itu katanya, melibatkan 31 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), 128 anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) serta sembilan daripada agensi-agensi lain. 

Empat jentera JBPM turut terlibat dalam operasi sanitasi.


Source: Astro Awani






Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED