Translate

15 September 2020

Ingkar PKPP: 132 Individu Ditahan , 118 Dikompaun , 14 Direman


PBT sertai operasi, ini lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan
Astro Awani
15 September 2020


PUTRAJAYA : Kerajaan hari ini memutuskan agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk turut sama menyertai Task Force Operasi Pematuhan, agar lesen pemilik premis yang ingkar PKP dapat dibatalkan serta-merta.

Berikut merupakan lima perkara penting dari sidang media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

1. Seramai 132 individu ditahan semalam kerana ingkar PKP, 14 direman, dan 118 dikompaun.

2. Seramai 41 pendatang tanpa izin (PATI ) ditahan semalam, sebuah bot dan tiga kenderaan darat dirampas.

3. Kerajaan putuskan untuk perhebatkan Ops Benteng, terutamanya di kawasan Pantai Timur Sabah ekoran wujud kes PATI yang positif COVID-19, menyeludup masuk ke negara ini.

4. Penularan jangkitan daripada Kluster Benteng LD masih terkawal, belum ada keputusan melaksanakan PKPD di Tawau dan Lahad Datu.

5. Orang ramai digesa ambil bahagian dalam Banci 2020 melalui e-Census yang akan tamat 15 hari lagi.

Source: Astro Awani









Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED