Translate

07 September 2020

Dua pekerja kilang direman bantu siasatan pencemaran bau Sungai Gong (1 Video)


2 Pekerja Kilang Cemar Sungai Gong DiReman

 

 Astro Awani 

7 September 2020

KUALA LUMPUR: Dua pekerja sebuah kilang ditahan reman hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian pencemaran sumber air di Sungai Gong, Rawang.

Perintah reman yang bermula hari ini sehingga 12 September depan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Selayang, Nik Mohd Fadzli Nik Azlan di sini.

Terdahulu kedua-dua pekerja kilang berkenaan yang berusia 20 dan 57 tahun itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Selayang sekitar 9.15 pagi selepas ditahan semalam di sebuah premis di Jalan Batu Arang, Rawang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat dengan mendatangkan bencana terhadap perjalanan tali air sehingga menyebabkan susut bekalan air kepada manusia dan haiwan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan maksimum 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada 5 September lepas, empat pengurus kilang direman enam hari sehingga Khamis ini berhubung kejadian sama mengikut seksyen serupa.

Pada Khamis lepas sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang mengalami gangguan air selepas empat loji rawatan air (lRA) dihenti tugas ekoran pencemaran sumber air mentah yang dikesan di Sungai Selangor.

Siasatan mendapati pencemaran berpunca dari kilang penyelenggaraan jentera berat itu.

Source : Astro Awani

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED