Translate

29 September 2020

Dera Anak Guna Pisau Panas, Ibu Tiri Dipenjara 24 Bulan


Dera anak guna pisau panas, ibu tiri dipenjara 24 bulan
Astro Awani
29 September 2020


KUANTAN: Seorang ibu tiri dipenjara dua puluh empat bulan kerana menganiaya dan mencederakan anak tirinya dengan menggunakan sebilah pisau berukuran lapan sentimeter yang dipanaskan, pada 20 September lalu.


Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap Khairunnisa Abdullah, 24 tahun, selepas merekodkan pengakuan bersalah daripada tertuduh.

Khairunnisa juga dikenakan bon berkelakuan baik dengan pengawasan selama tiga tahun dan perlu melakukan khidmat masyarakat selama 120 jam serta melaporkan diri di Balai Polis Cenderawasih, Rompin pada setiap bulan.

Hukuman tambahan ini dikenakan terhadapnya selepas selesai menjalani hukuman penjara selama 24 bulan.

Khairunnisa yang merupakan pekerja ladang mengaku menganiaya anak tirinya berusia sembilan tahun dengan cara meletakkan pisau yang telah dipanaskan diatas lengan kanan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Perumahan Ladang Suburban Chenderawasih, Muadzam Shah, Rompin,jam 3 petang, pada 20 September lalu.

Dia mengaku bersalah mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda tidak sampai RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Sebelum itu, Peguam Mohd Faizal Hiqram Azmi yang mewakili tertuduh meminta hukuman pemenjaraan diminamakan dengan mengenakan syarat tambahan terhadap anak guamnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Nurul Syuhada Tuan Mamat berkata, tertuduh sepatutnya melindungi kanak-kanak tersebut, bukan dengan cara menganiaya dan mencederakannya.


Source: Astro Awani

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 4 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Empat lelaki didakwa peras ugut seorang lelaki RM1' 17 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Gara-Gara Suka Sama Suka Remaja 11 Tahun Hamilkan ' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Perkhidmatan KLIA Express, KLIA Transit Terganggu ' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zayn Rayyan mati dijerut, telinga dipotong, dubur ' 56 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Gara-Gara Suka Sama Suka Remaja 11 Tahun Hamilkan ' 57 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US | BEST F' 1 hr ago
A visitor from Oslo viewed 'Apa Nak Jadi? Polis Bimbang Trend Ramai Wanita Car' 1 hr 1 min ago