Translate

15 September 2020

COVID-19 Malaysia Update – KKM DG Hisham


Kenyataan Akhbar KPK 15 September 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat enam (6) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,209 kes (92.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 15 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 23 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,969 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 632 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 23 kes baharu yang dilaporkan, 10 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan lima (5) warganegara Malaysia dan lima (5) bukan warganegara. Sepuluh (10) kes import tersebut adalah dari negara:

  • Filipina (4 kes: 3 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 1 kes di Selangor).
  • Hungary (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Turki (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Qatar (1 kes di Selangor);
  • Bangladesh (1 kes di Selangor);
  • Nigeria (1 kes di Selangor); dan
  • Maghribi (1 kes di Selangor).

Daripada 13 kes penularan di dalam negara, 10 kes adalah warganegara Malaysia dan tiga (3) kes adalah bukan warganegara. Semua penularan di dalam negara adalah di negeri Sabah iaitu:

  • Lapan (8) kes daripada Kluster Pulau, iaitu kluster baharu di Kunak, Sabah;
  • Empat (4) kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan tiga (3) bukan warganegara; dan
  • Satu (1) kes saringan rujukan dari Hospital Semporna ke Hospital Tawau.

Kluster-kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat 14 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat (4) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes (1.28 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

KLUSTER PULAU

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dikenalpasti di Kunak, Sabah. Kes indeks kluster (iaitu kes ke-9940) adalah seorang wanita warganegara Malaysia yang berusia 68 tahun. Beliau ditemui tidak sedarkan diri di rumah dan dibawa ke Hospital Kunak, dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Tawau bagi rawatan serangan jantung, strok dan penyakit hati di mana saringan COVID-19 didapati positif pada 13 September 2020. Beliau kini dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Hasil saringan kontak rapat dan pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection), lapan (8) lagi kes positif COVID-19 telah dikesan. Kesemua lapan (8) kes merupakan ahli keluarga kes indeks. Sehingga 15 September 2020, sejumlah 128 individu telah disaring dalam kluster ini yang terdiri daripada 109 warganegara dan 19 bukan warganegara. Daripada jumlah ini:

  • Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19;
  • 18 individu negatif; dan
  • 101 individu masih menunggu keputusan.

Langkah pencegahan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenalpasti. Punca jangkitan masih di dalam siasatan dan aktiviti mengawal penularan jangkitan bagi kluster ini giat dijalankan di lapangan.

STATUS TERKINI KLUSTER BENTENG LD

Terdapat empat (4) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 424 kes. Sehingga 15 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 6,610 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  1. Lahad Datu (1,531 disaring):
    • 93 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);
    • 1,127 individu negatif; dan
    • 311 individu menunggu keputusan.
  2. Tawau (5,079 disaring);
    • 331 kes dikesan positif COVID-19;
    • 2,352 individu negatif; dan
    • 2,396 individu menunggu keputusan.

Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,096 banduan dan tahanan di mana 395 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,147 kakitangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 10 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,251 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana sembilan (9) dikesan positif COVID-19;
  • 977 pegawai agensi kerajaan lain, tiada dikesan positif COVID-19; dan
  • 2,139 kontak sosial di mana 10 dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 424 kes positif COVID-19, 186 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 238 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (154 kes); dan
  • Indonesia (84 kes).

PERKEMBANGAN SARINGAN COVID-19 DI KAWASAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) SECARA PENTADBIRAN DI KEDAH

  1. Kota Setar, Kedah

PKPD secara pentadbiran di Kota Setar telah dilaksanakan dari 11 September 2020 sehingga 25 September 2020 berikutan peningkatan kes COVID-19 dalam Kluster Sungai dan Kluster Telaga. Sehubungan itu, KKM menganggarkan 15,000 individu untuk disaring dari 10 mukim yang telah dikenalpasti berisiko tinggi iaitu:

  • Pumpong
  • Alor Merah
  • Alor Malai
  • Derga
  • Kuala Kedah
  • Pengkalan Kundor
  • Kota Setar
  • Langgar
  • Titi gajah
  • Mergong

Sehingga 15 September 2020, sebanyak 12,885 warganegara Malaysia telah disaring, iaitu 11,757 individu negatif dan 1,128 individu masih menunggu keputusan.

2. Amanjaya, Kedah

Bagi PKPD secara pentadbiran di tiga zon dalam Amanjaya, seramai 13,591 penduduk telah disaring sehingga 15 September 2020, yang terdiri daripada;

  • 13,526 warganegara
  • 65 bukan warganegara

Daripada jumlah keseluruhan saringan, 16 kes COVID-19 di kalangan warganegara Malaysia telah dikesan, termasuk 13 kes saringan kali kedua di Zon Melur. Susulan itu, PKPD secara pentadbiran di Zon Melur telah dilanjutkan sehingga 27 September bagi membendung penularan COVID-19.

PERKEMBANGAN NILAI Rt ATAU R NAUGHT (R0) DALAM NEGARA 

Nilai Rt penularan jangkitan COVID-19 bagi negara adalah kekal melebihi angka 1.0. Nilai terkini pada 13 September 2020 adalah 1.58. Jika diteliti nilai Rt bagi negeri Sabah pula, pada 8 September 2020 ianya adalah amat tinggi, iaitu pada nilai 3.72. Ini adalah lebih tinggi berbanding nilai Rt bagi negeri Kedah pada tarikh yang sama iaitu 2.63.

Hasil tindakan kesihatan awam yang giat dijalankan telah menurunkan sedikit nilai ini bagi kedua-dua negeri. Pada 13 September 2020, nilai Rt bagi negeri Sabah adalah 1.70, iaitu hampir sama dengan nilai Rt bagi negeri Kedah pada tarikh yang sama iaitu 1.58. Namun begitu, nilai ini masih kekal melebihi 1.0 bagi kedua-dua negeri, dan seterusnya memberi kesan kepada nilai Rt bagi negara. Tindakan kesihatan awam perlu diteruskan dan dipergiat agar nilai ini dapat terus dikurangkan sehingga kurang daripada 1.0; sekaligus mengurangkan transmisi dan kebolehjangkitan COVID-19 di dalam komuniti.

Paling utama, tindakan dan komitmen adalah diperlukan daripada semua lapisan dan peringkat masyarakat untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kerajaan. Duduklah di rumah sekiranya tiada urusan di luar rumah, pastikan amalan penjarakan fizikal dilaksanakan setiap masa, basuh tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer, dan pakai pelitup muka ketika di tempat awam, terutama yang sesak dan sempit.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

15 September 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 15 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS033
KEDAH0304
PULAU PINANG0138
PERAK0269
SELANGOR5 (5)2,199
NEGERI SEMBILAN01,043
MELAKA0262
JOHOR0752
PAHANG0371
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH13877
SARAWAK0700
W.P. KUALA LUMPUR5 (5)2,625
W.P. PUTRAJAYA099
W.P. LABUAN023
JUMLAH KESELURUHAN23 (10)9,969

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import


PECAHAN KES BAHARU (23) SABAH-13 8 WN dari Kluster Pulau (kluster baharu) 4 dari Kluster Benteng (1 WN, 3 BWN) 1 WN saringan rujukan ke hospital KL-5 1 WN pulang dari Filipina 1 WN pulang dari Turki 1 BWN tiba dari Hungary 2 BWN tiba dari Filipina

SELANGOR-5 1 WN pulang dari Qatar 1 WN pulang dari Maghribi 1 WN pulang dari Filipina 1 BWN tiba dari Bangladesh 1 BWN tiba dari Nigeria

Terdapat kluster baharu (Kluster Pulau) dilaporkan pada hari ini. 8 kes baharu yang dilaporkan adalah ahli keluarga kepada kes indeks (kes 9940). 128 individu telah disaring. 18 dikesan negatif manakala 101 masih menunggu keputusan.



4 kes baharu dilaporkan dalam Kluster Benteng LD. Setakat ini, 6,610 telah disaring. 424 dikesan positif, 3,479 negatif manakala 2,707 masih menunggu keputusan. Sebahagian besar kes positif adalah dalam kalangan banduan (395 kes).

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED