Translate

16 September 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 62 ( Imported - 1, Local- 61), Active Cases- 668 | Total Cases- 10031 | Total Deaths- 128


Kenyataan Akhbar KPK 16 September 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 26 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,235 kes (92.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 16 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 62 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,031 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 668 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 62 kes baharu yang dilaporkan, satu (1) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara iaitu seorang warganegara Malaysia yang pulang dari negara India.

Daripada 61 kes penularan di dalam negara, 41 kes adalah warganegara Malaysia dan 20 kes adalah bukan warganegara

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 59 kes
    • 48 kes daripada Kluster Benteng LD, yang melibatkan 20 bukan warganegara;
    • Empat (4) kes saringan petugas kesihatan di Hospital Lahad Datu;
    • Tiga (3) kes saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dari Semenanjung Malaysia;
    • Dua (2) kes saringan di Klinik Kesihatan Lahad Datu;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Pulau; dan
    • Satu (1) kes saringan di Penjara Sandakan.
  • Kedah: Satu (1) kes daripada Kluster Sungai;
  • Pulau Pinang: Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes ke-9397 dan kes ke-9459. Beliau merupakan ahli keluarga kepada kedua-dua kes ke-9397 dan ke-9459 (kesemua mereka duduk serumah).

Kluster-kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat 15 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana tiga (3) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes (1.28 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KLUSTER BENTENG LD,  KLUSTER PULAU DAN KLUSTER SUNGAI

1) Kluster Benteng LD

Terdapat 48 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 472 kes. Sehingga 16 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 7,247 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  1. Lahad Datu (1,531 disaring):
    • 141 kes dikesan positif COVID-19 (48 kes baharu);
    • 1,306 individu negatif; dan
    • 84 individu menunggu keputusan.
  2. Tawau (5,716 disaring);
    • 331 kes dikesan positif COVID-19;
    • 2,764 individu negatif; dan
    • 2,621 individu menunggu keputusan.

Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,379 banduan dan tahanan di mana 429 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,156 kakitangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 10 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,251 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana 10 dikesan positif COVID-19;
  • 994 pegawai agensi kerajaan lain, tiada dikesan positif COVID-19; dan
  • 2,467 kontak sosial di mana 23 kes dikesan positif COVID-19.

Jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan.

Daripada jumlah 472 kes positif COVID-19, 214 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 258 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (167 kes); dan
  • Indonesia (91 kes).

2) Kluster Pulau

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Pulau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 10 kes yang melibatkan sembilan (9) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara. Sehingga 16 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 193 individu telah disaring dalam kluster ini yang melibatkan 171 warganegara Malaysia dan 22 bukan warganegara. Pecahan saringan adalah seperti berikut:

  • 10 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • 17 individu negatif; dan
  • 166 individu masih menunggu keputusan.

3) Kluster Sungai

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Sungai pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 59 kes. Sehingga 16 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 19,809 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut negeri adalah seperti berikut:

  1. 19,648 disaring):
    •  kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
    •  individu negatif; dan
    •  individu masih menunggu keputusan.
  2. Pulau Pinang (136 disaring):
    • 135 individu negatif; dan
    • Satu (1) individu masih menunggu keputusan.
  3. Perlis (25 disaring):
    • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19;
    • 18 individu negatif; dan
    • Enam (6) individu masih menunggu keputusan.

Jumlah saringan bagi kluster ini adalah termasuk 711 petugas kesihatan, di mana seramai 20 dikesan positif COVID-19.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi ketiga-tiga kluster ini masih diteruskan. Status terkini kluster-kluster akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

KES COVID-19 TELAH MENCECAH LIMA ANGKA

Adalah dimaklumkan bahawa jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sehingga 16 September 2020 telah mencatat lima angka iaitu, 10,031 kes. Kes aktif pula, iaitu kes dengan kebolehjangkitan COVID-19 juga meningkat kian hari manakala kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga didapati semakin meningkat.

Berdasarkan data terkini bagi 15 orang pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), didapati:

  • Tiga (3) pesakit memerlukan bantuan pernafasan;
  • Enam (6) pesakit merupakan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas;
  • Sembilan (9) pesakit adalah dalam lingkungan umur 21 sehingga 56 tahun;
  • Sembilan (9) pesakit adalah daripada Kluster Sungai;
  • 10 pesakit didapati mempunyai latar belakang penyakit kronik; dan
  • 14 pesakit mendapat jangkitan dari dalam negara manakala satu (1) pesakit mendapat jangkitan dari luar negara. Kesemua pesakit adalah warganegara Malaysia.

Warga emas merupakan antara golongan yang terkesan akibat jangkitan COVID-19, namun golongan yang lebih muda dan mempunyai penyakit kronik juga turut dikesan mempunyai gelaja, penyakit dan komplikasi yang lebih serius sehingga perlu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan rapi. Sekiranya situasi ini berlanjutan, fasiliti kesihatan Negara perlu menampung beban yang tinggi semula. Justeru, bagi mengelakkan daripada berlakunya situasi demikian, setiap individu daripada semua peringkat dan lapisan masyarakat perlulah memainkan peranan masing-masing dan patuh kepada SOP serta nasihat-nasihat yang dikeluarkan Kerajaan.

Orang ramai digesa agar terus patuh kepada Prosedur Standard Operasi (SOP) dan amalkan kelaziman baharu dalam usaha mencegah penularan COVID-19. Amalan penjarakan fizikal yang selamat (physical distancing), kerap menjaga kebersihan tangan dengan mencuci tangan dengan air dan sabun serta pemakaian alat pelitup muka (facemask) di tempat awam dan tempat yang sesak perlu diamalkan setiap masa. Hanya dengan kerjasama semua lapisan dan peringkat masyarakat kita dapat sama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

16 September 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 16 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS033
KEDAH1305
PULAU PINANG1139
PERAK0269
SELANGOR02,199
NEGERI SEMBILAN01,043
MELAKA0262
JOHOR0752
PAHANG0371
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH60 (1)937
SARAWAK0700
W.P. KUALA LUMPUR02,625
W.P. PUTRAJAYA099
W.P. LABUAN023
JUMLAH KESELURUHAN62 (1)10,031

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import



Terkini COVID-19; 16 Sept 2020 Jumlah discaj baru:26 Jumlah kumulatif discaj: 9235(92.06%) Jumlah kes baru;62 Jumlah kumulatif:10031 Jumlah kes aktif:668 Kes tempatan: 61(41WN, 20BWN) Kes import:1(1WN) Jumlah kematian:0 Jumlah kumulatif:128 (1.28%) Kes di ICU:15 intubated:3

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED