Translate

06 September 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases-6 (Imported -3, Local-3) , Active Cases-154 | Total Cases-9397 | Total Deaths- 128

Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,115 kes (97.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 6 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat enam (6) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanbyak 9,397 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 154 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada enam (6) kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga (3) bukan warganegara. Tiga (3) kes import tersebut adalah dari negara:

  • Indonesia (2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  • Bangladesh (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Tiga (3) kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia. Perincian kes adalah seperti berikut:

  • Sabah: Dua (2) kes daripada Kluster Benteng LD. Kluster ini akan diperincikan di bawah; dan
  • Pulau Pinang: Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) dikesan di sebuah pusat perubatan dan kini sedang mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Sehingga kini, terdapat enam (6) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana tiga (3) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes (1.36 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI BAGI KLUSTER BENTENG LD

Ingin dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) kes baharu (kes ke-9395 dan kes ke-9396) dilaporkan bagi Kluster Benteng LD di negeri Sabah. Kes ke-9395 merupakan kontak rapat kepada kes ke-9351. Kes bergejala pada 1 September dan dimasukkan ke Hospital Tawau pada 2 September 2020. Beliau dikesan positif dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi untuk mendapat rawatan lanjut. Bagi kes ke-9396, beliau merupakan anak saudara kepada kes ke-9395. Kes dikesan positif pada 5 September 2020 dan dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan.

Sehingga 6 September 2020, seramai 776 orang telah disaring dalam kluster ini. Dua (2) kes baharu dilaporkan dalam kluster Benteng LD pada hari ini dan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 adalah sebanyak 16 kes. Pecahan saringan mengikut daerah yang terbabit adalah seperti berikut:

  1. Lahad Datu (420 disaring):
    • 7 kes dikesan positif COVID-19;
    • 259 individu negatif; dan
    • 154 individu masih menunggu keputusan.
  2. Tawau (356 disaring):
    • 9 kes dikesan positif COVID-19;
    • 67 individu negatif; dan
    • 280 individu masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan.

TANGGUNGJAWAB BERSAMA SEMUA PETUGAS BARISAN HADAPAN

Anggota-anggota barisan hadapan sama ada dalam sektor kesihatan atau keselamatan harus sentiasa berwaspada terhadap apa juga cabaran dalam mencegah penularan penyakit berjangkit tanpa mengira individu, tempat dan masa. Garis panduan dan tatacara yang ditetapkan hendaklah sentiasa dipatuhi sama ada semasa menguruskan kes positif COVID-19 secara langsung atau tidak langsung. Ini termasuk kerap mencuci tangan, pemakaian pelitup muka, Personal Protective Equipment (PPE) yang bersesuaian dan penjarakan fizikal iaitu termasuk juga di tempat guna sama. Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan perlu dipatuhi sepanjang masa.

Sejak bermulanya PKP Fasa Pemulihan ini, tanggungjawab sebagai barisan hadapan bukan sahaja terletak kepada anggota kesihatan, malah ianya menjadi tanggungjawab orang ramai, komuniti, dan semua individu. Oleh itu, kejayaan negara dalam menangani pandemik COVID-19 pasca gelombang kedua ini terletak kepada kepatuhan anggota-anggota kesihatan dan keselamatan kepada garis panduan dan tatacara, serta rakyat mematuhi SOP yang dikeluarkan. Hanya dengan kepatuhan ini dapat kita mengekalkan keselamatan negara dari ancaman COVID-19.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

6 September 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 6 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS032
KEDAH0224
PULAU PINANG1137
PERAK0269
SELANGOR02,177
NEGERI SEMBILAN01,037
MELAKA0262
JOHOR0752
PAHANG0371
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH2435
SARAWAK0699
W.P. KUALA LUMPUR3 (3)2,606
W.P. PUTRAJAYA099
W.P. LABUAN023
JUMLAH KESELURUHAN6 (3)9,397

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import


Image

2 kes baharu dilaporkan di Sabah hari ini adalah dari Kluster Benteng LD. Kes 9395 adalah kontak rapat kes 9351 manakala kes 9396 adalah yang pertama dari generasi ketiga. Kes 9396 adalah anak saudara kepada kes 9395.


Image

PERINCIAN KES BAHARU (6) KL-3 2 BWN tiba dari Indonesia 1 BWN tiba dari Bangladesh SABAH-2 2 WN dari Kluster Benteng LD P.PINANG-1 1 WN KES SARI

Image


Image

Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia 1 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan di Pulau Pinang berbanding (0) kes semalam. Daerah Baling di Kedah pula kembali ke zon hijau selepas kali terakhir melaporkan 2 kes.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED