Translate

20 September 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 52 (Imported - 12, Local- 40), Active Cases- 734 | Total Cases- 10,219 | Total Deaths- 130


Kenyataan Akhbar KPK 20 September 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 40 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,355 kes (91.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 20 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 52 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,219 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 734 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 52 kes baharu yang dilaporkan, 12 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga (3) warganegara dan sembilan (9) bukan warganegara dari negara:

  • India: Lapan (8) kes
    • Tiga (3) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;
    • Tiga (3) kes dilaporkan di Selangor; dan
    • Dua (2) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Indonesia: Satu (1) kes dilaporkan di Selangor.
  • BangladeshSatu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Yaman: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Rusia: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Daripada 40 kes penularan di dalam negara, 26 kes adalah warganegara Malaysia dan 14 kes adalah bukan warganegara. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah:  36 kes
    • 27 kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan 15 warganegara dan 12 bukan warganegara;
    • Dua (2) kes daripada Kluster Selamat yang melibatkan dua (2) warganegara;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Pulau yang melibatkan satu (1) warganegara;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Bakau yang melibatkan satu (1) warganegara;
    • Satu (1) kes saringan komuniti Semporna yang melibatkan satu (1) warganegara;
    • Satu (1) kes saringan pra pembedahan di Hospital Lahad Datu yang melibatkan satu (1) bukan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan sebelum masuk kerja yang melibatkan satu (1) bukan warganegara; dan
    • Dua (2) kes saringan petugas kesihatan di Hospital Lahad Datu yang melibatkan dua (2) warganegara.
  • Kedah: Tiga (3) kes saringan komuniti di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran Daerah Kota Setar yang melibatkan tiga (3) warganegara; dan
  • Pulau Pinang: Satu (1) kes daripada Kluster Ara, iaitu kluster baru yang melibatkan satu (1) warganegara.

Kesemua kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat 10 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 130 kes (1.27 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

KLUSTER BAHARU DI PULAU PINANG: KLUSTER ARA

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dilaporkan di Pulau Pinang. Kes indeks kluster ini adalah seorang lelaki berumur 44 tahun yang merupakan warganegara Malaysia (iaitu kes ke-10024). Kes indeks telah dikesan positif COVID-19 melalui saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Sandakan, Sabah pada 15 September 2020 berikutan kedatangan kes dari Semenanjung Malaysia.

Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan satu (1) kes positif COVID-19 dikenal pasti. Kes positif ini (kes ke-10217) merupakan merupakan anak saudara kepada kes indeks (iaitu kes ke-10024). Kes dikesan positif COVID-19 pada 19 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Sehingga 20 September 2020, 12 tengah hari, sejumlah 16 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Dua (2) dikesan positif COVID-19; dan
  • 14 dikesan negatif.

Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang terlibat. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

STATUS TERKINI BAGI EMPAT (4) KLUSTER DI SABAH

Kluster Benteng LD

Terdapat 27 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 578 kes. Sehingga 20 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 8,627 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  1. Tawau (6,345 disaring);
    • 426 kes dikesan positif COVID-19 (27 kes baharu);
    • 4,120 individu negatif; dan
    • 1,799 individu menunggu keputusan.
  2. Lahad Datu (2,281 disaring):
    • 151 kes dikesan positif COVID-19;
    • 1,306 individu negatif; dan
    • 824 individu menunggu keputusan.
  3. Sandakan (1 disaring):
    • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19.

Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,520 banduan dan tahanan di mana 475 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,158 kakitangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 24 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,394 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana 26 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,241 pegawai agensi kerajaan lain di mana tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 3,314 kontak sosial di mana 53 kes dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 578 kes positif COVID-19, 287 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 291 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (191 kes); dan
  • Indonesia (100 kes).

Ingin dimaklumkan bahawa jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan. 

Kluster Selamat

Terdapat dua (2) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Selamat pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak tujuh (7) kes. Sehingga 20 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 213 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu); dan
  • 206 individu masih menunggu keputusan.

Kesemua tujuh (7) kes positif COVID-19 dalam kluster ini melibatkan warganegara Malaysia.

Kluster Bakau

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Bakau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak empat (4) kes. Sehingga 20 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 162 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • Empat (4) kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu); dan
  • 158 individu menunggu keputusan.

Empat (4) kes positif COVID-19 dalam kluster ini melibatkan dua (2) kes warganegara Malaysia dan dua (2) kes bukan warganegara (Filipina).

Kluster Pulau

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Pulau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 15 kes. Sehingga 20 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 402 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  1. Kunak (327 disaring):
    • 12 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
    • 133 individu negatif; dan
    • 182 individu menunggu keputusan.
  2. Semporna (75 disaring):
    • Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19; dan
    • 72 individu masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah 15 kes positif COVID-19, 13 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala dua (2) adalah warganegara Filipina.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi kluster-kluster ini masih diteruskan dan status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

PERKEMBANGAN SARINGAN COVID-19 DI KAWASAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) SECARA PENTADBIRAN DI KEDAH DAN SABAH

Sehingga 20 September 2020, terdapat tiga (3) lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKDP) Secara Pentadbiran yang masih aktif. Dua (2) lokaliti berada di Kedah iaitu Amanjaya dan Kota Setar, manakala satu (1) lokaliti di Sabah iaitu Penjara Tawau dan Kuarters.

1.PKPD Secara Pentadbiran Amanjaya, Kedah

PKPD Amanjaya bermula pada 28 Ogos 2020, melibatkan tiga (3) zon di Amanjaya; iaitu Zon Kenanga, Zon Mawar dan Zon Melor. Tempoh PKPD ini dilanjutkan sehingga 26 September 2020 di Zon Melor selepas 13 kes baru dikesan di zon tersebut pada hari ke-13 PKPD dilaksanakan. Sehingga kini, seramai 13,591 individu telah disaring di mana;

  • 16 individu dikesan positif COVID-19; dan
  • 13,575 individu dikesan negatif COVID-19.

Kesemua 16 kes positif adalah warganegara Malaysia. Sebanyak 600 sampel ulangan telah diambil dari Zon Melor pada 19 September 2020 dan masih menunggu keputusan.

2. PKPD Secara Pentadbiran Kota Setar, Kedah

PKPD Kota Setar bermula pada 11 September 2020 dan dijangka tamat pada 25 September 2020. Seramai 17,954 individu telah disaring di mana;

  • 17 kes dikesan positif COVID-19 selepas 13 September 2020 (Kluster Sungai 13 kes dan tidak terlibat dengan mana-mana kluster 4 kes);
  • 17,320 individu dikesan negatif COVID-19; dan
  • 617 individu masih menunggu keputusan.

Kesemua 17 kes positif adalah warganegara Malaysia.

3. PKPD Secara Pentadbiran di Penjara Tawau dan Kuarters, Sabah

Kerajaan telah turut mengambil keputusan untuk menjalankan PKPD Secara Pentadbiran di Penjara Tawau dan 8 Kuarters pada 11 September 2020, susulan dari peningkatan kes dalam Kluster Benteng LD di Tawau.  Saringan kluster ini telah meliputi seramai 6,345 individu di mana:

  • 426 individu dikesan positif COVID-19;
  • 4,120 individu dikesan negatif COVID-19; dan
  • 1,799 masih menunggu keputusan.

Daripada 426 kes positif, 206 melibatkan warganegara dan 220 melibatkan bukan warganegara.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

20 September 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 20 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
W.P. KUALA LUMPUR6 (6)2,633
SELANGOR4(4)2,210
NEGERI SEMBILAN01,044
SABAH361,080
JOHOR0752
SARAWAK0701
PAHANG0371
KEDAH3324
PERAK0269
MELAKA0262
KELANTAN0160
PULAU PINANG1142
TERENGGANU0114
W.P. PUTRAJAYA099
PERLIS033
W.P. LABUAN2 (2)25
JUMLAH KESELURUHAN52 (12)10,219

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import



PECAHAN KES BAHARU (52) KL-6 3 import pulang dari India (1WN, 2BWN) 3 import BWN masing-masing tiba dari Rusia, Yaman dan Bangladesh SELANGOR-4 3 import pulang dari India (2WN, 1BWN) 1 import BWN tiba dari Indonesia

SABAH-36 27 Kluster Benteng (15 WN, 12 BWN) 2 WN Kluster Selamat 1 WN Kluster Pulau 1 WN Kluster Bakau 2 WN saringan petugas kesihatan 1 WN saringan komuniti 1 BWN saringan pra pembedahan 1 BWN saringan pekerjaan

KEDAH-3 3 WN saringan PKPD P.Pinang-1 1 WN Kluster Ara (Kluster baharu) Labuan-2 2 import BWN tiba dari India






Terkini COVID-19; 20 Sept 2020 Jumlah discaj baru:40 Jumlah kumulatif:9355 (91.55%) Jumlah kes baru;52 Jumlah kumulatif:10219 Jumlah kes aktif:734 Kes tempatan: 40(26WN, 14BWN) Kes import: 12(3WN, 9BWN) Jumlah kematian:0 Jumlah kumulatif:130 (1.27%) Kes di ICU:10 intubated:2

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Mahkamah kembalikan hukuman penjara enam b' 15 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'LTSAS kini mampu tampung 700,000 penum' 15 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'KEJADIAN DI PARKIR KERETA | BEST FBKL' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Lapan parti layak guna masa si' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Yenimahalle viewed 'Video of Passenger in Car Speeding at 312 K,/h - V' 2 hrs 54 mins ago
A visitor from Wakefield viewed 'Agong berkenan terima watikah lantikan lapan perwa' 5 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 5 hrs 41 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'The sudden passing of Lawyer Datuk Wong Rhen Yen i' 6 hrs 1 min ago
A visitor from Shah alam viewed 'Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' me' 6 hrs 40 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'BEST FBKL' 7 hrs 19 mins ago