Translate

17 September 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 21 ( Imported - 5, Local- 16), Active Cases- 674 | Total Cases- 10052 | Total Deaths- 128


Kenyataan Akhbar KPK 17 September 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 15 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,250 kes (92.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 17 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 21 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,052 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 674 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 21 kes baharu yang dilaporkan, lima (5) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara. Kesemua kes import tersebut melibatkan warganegara Malaysia yang pulang dari negara:

  • New Zealand (2 kes di Selangor);
  • India (1 kes di Sabah);
  • Pakistan (1 kes di Sabah); dan
  • China (1 kes di Sabah)

Daripada 16 kes penularan di dalam negara, 15 kes adalah warganegara Malaysia dan satu (1) kes adalah bukan warganegara

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: Lima (5) kes
    • 2 kes daripada saringan Kluster Benteng LD [satu (1) warganegara dan satu (1) bukan warganegara];
    • Satu (1) kes daripada Kluster Selamat, iaitu kluster baru di Semporna [satu (1) warganegara];
    • Satu (1) kes saringan kemasukan ke Hospital Tawau [satu (1) warganegara]; dan
    • Satu (1) kes saringan sign-off kapal di Pelabuhan Sipitang [satu (1) warganegara].
  • Kedah: Tujuh (7) kes
    • Enam (6)kesdaripada Kluster Sungai [enam (6) warganegara]; dan
    • Satu (1) kes saringan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran Daerah Kota Setar [satu (1) warganegara].
  • Pulau Pinang: Dua (2) kes saringan kontak rapat kepada kes ke-9397 yang merupakan ahli keluarga tinggal serumah [dua (2) warganegara].
  • Selangor: Satu (1) kes saringan bergejala di Hospital Sungai Buloh [satu (1) warganegara].
  • Sarawak: Satu (1) kes saringan Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) [satu (1) warganegara].

Kluster-kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat 13 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes (1.27 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

KLUSTER SELAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dilaporkan di Semporna, Sabah. Kes indeks kluster (iaitu kes ke-9969) merupakan seorang wanita warganegara Malaysia yang berusia 32 tahun. Beliau didapati positif COVID-19 pada 14 September 2020 ketika saringan kemasukan ke Hospital Tawau bagi kelahiran pramatang. Hasil saringan kontak rapat dan pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection), satu (1) lagi kes positif COVID-19 telah dikesan. Kes merupakan pegawai perubatan yang merawat kes indeks. Sehingga 17 September 2020, sejumlah 118individu telah disaring dalam kluster ini. Daripada jumlah ini:

  • Dua (2) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 116 individu masih menunggu keputusan.

Langkah pencegahan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti. Punca jangkitan masih di dalam siasatan dan aktiviti mengawal penularan jangkitan bagi kluster ini giat dijalankan di lapangan.

STATUS TERKINI KLUSTER SUNGAI DAN KLUSTER BENTENG LD

Kluster Benteng LD

Terdapat dua (2) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 474 kes. Sehingga 17 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 7,670 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  1. Lahad Datu (1,869 disaring):
    • 142 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
    • 1,306 individu negatif; dan
    • 421 individu menunggu keputusan.
  2. Tawau (5,801 disaring);
    • 332 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
    • 3,052 individu negatif; dan
    • 2,417 individu menunggu keputusan.

Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,388 banduan dan tahanan di mana 430 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,158 kakitangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 11 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,386 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana 10 kes dikesan positif COVID-19;
  • 994 pegawai agensi kerajaan lain, tiada dikesan positif COVID-19; dan
  • 2,744 kontak sosial di mana 23 kes dikesan positif COVID-19.

Jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan.

Daripada jumlah 474 kes positif COVID-19, 215 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 259 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (168 kes); dan
  • Indonesia (91 kes).

Kluster Sungai

Terdapat enam (6) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Sungai pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 65 kes. Sehingga 17 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 22,317 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut negeri adalah seperti berikut:

  1. Kedah (22,153 disaring):
    • 64 kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu);
    • 19,584 individu negatif; dan
    • 2,505 individu masih menunggu keputusan.
  2. Pulau Pinang (136 disaring):
    • 136 individu negatif.
  3. Perlis (28 disaring):
    • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19;
    • 24 individu negatif; dan
    • Tiga (3) individu masih menunggu keputusan.

Jumlah saringan bagi kluster ini adalah termasuk 1,148 petugas kesihatan, di mana seramai 26 petugas dikesan positif COVID-19.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi ketiga-tiga kluster ini masih diteruskan. Status terkini kluster-kluster akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

PATUHI PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) KETIKA MENGHADIRI SEBARANG JENIS PERHIMPUNAN DAN KETIKA BERADA DI TEMPAT AWAM

Seperti diketahui umum, COVID-19 merebak dari individu ke individu lain melalui titisan cecair pernafasan (respiratory droplet) apabila seseorang batuk, bersin, bercakap dan sentuhan. Oleh yang demikian, sekiranya jarak fizikal di antara individu ke individu lain kurang dari satu (1) meter, risiko jangkitan adalah lebih tinggi.

Penjarakan fizikal sememangnya sukar diamalkan di kawasan yang sempit dan sesak, namun masyarakat perlu akur kepada nasihat yang diberikan bagi mengurangkan risiko jangkitan. Tambahan pula, aktiviti perhimpunan yang dianjurkan tanpa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dapat meningkatkan risiko penularan COVID-19 kepada orang ramai. Justeru, adalah amat penting bagi kita sentiasa waspada dan berusaha melindungi diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat di sekeliling kita daripada jangkitan COVID-19. Penularan virus ini boleh dielakkan dengan sentiasa memastikan penjarakan fizikal yang selamat, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer dan pemakaian alat pelitup muka.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

17 September 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 17 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS033
KEDAH7312
PULAU PINANG2141
PERAK0269
SELANGOR3 (2)2,202
NEGERI SEMBILAN01,043
MELAKA0262
JOHOR0752
PAHANG0371
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH8 (3)945
SARAWAK1701
W.P. KUALA LUMPUR02,626
W.P. PUTRAJAYA099
W.P. LABUAN023
JUMLAH KESELURUHAN21 (5)10,052

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import



PECAHAN KES BAHARU (21) SELANGOR-3 1 WN kes saringan 2 WN pulang dari New Zealand SABAH-8 1 WN dari kluster Benteng 1 BWN dari kluster Benteng 1 WN dari kluster Selamat (kluster baharu) 1 WN saringan kemasukan ke hospital 1 WN saringan sign off kapal 1 WN pulang dari China

1 WN pulang dari Pakistan 1 WN pulang dari India SARAWAK-1 1 WN saringan pintu masuk antarabangsa KEDAH-7 6 WN dari kluster Sungai 1 WN saringan kawasan PKPD P.Pinang-2 2 WN saringan kontak rapat


Terkini COVID-19; 17 Sept 2020 Jumlah discaj baru:15 Jumlah kumulatif discaj: 9250(92.02%) Jumlah kes baru;21 Jumlah kumulatif:10052 Jumlah kes aktif:674 Kes tempatan: 16(15WN, 1BWN) Kes import: 5(5WN) Jumlah kematian:0 Jumlah kumulatif:128 (1.27%) Kes di ICU:13 intubated: 2


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED