Translate

13 September 2020

123 individu sedang berhibur dikompaun - Polis Johor



BERNAMA
13/09/2020 04:21 PM



JOHOR BAHRU, 13 Sept -- Sebanyak 123 individu yang sedang berhibur di dua pusat hiburan tanpa lesen di sini, malam tadi masing-masing dikompaun RM1,000 atas kesalahan tidak menjaga penjarakan fizikal, kata Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata kesemua mereka berusia lingkungan 16 hingga 61 tahun ditahan di dua premis pada kira-kira 10 malam dalam operasi yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang merupakan pengurus premis kerana tidak mempunyai lesen perniagaan serta melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), katanya dalam kenyataan hari ini.

“Saringan air kencing ke atas kesemua yang ditahan itu adalah negatif dadah manakala semakan ke atas kedua premis berkenaan pula mendapati tidak mempunyai lesen perniagaan serta melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan ketika PKPP.

“Salah satu premis yang diserbu itu pernah diperiksa pada Mac lalu dan telah diarahkan ditutup serta dirobohkan kerana beroperasi tanpa kebenaran,” katanya.

-- BERNAMA





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED