8 Julai 2020
PELABUHAN KLANG – Suruhanjaya Tenaga hari ini menyerbu 10 premis dipercayai membuat sambungan elektrik secara haram menjalankan aktiviti perlombongan matawang bitcoin menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerugian besar setiap bulan di sini.
Timbalan Pengarah Penguatkuasanya, Shafie Mohamed berkata, hasil risikan pihaknya bersama TNB hampir sebulan lalu mendapati sindiket ini dikesan membuat penyambungan terus bekalan eletrik secara haram tanpa melalui meter.
Operasi Bersepadu Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhad dan Majlis Perbandaran Klang bagi mengesan lokasi premis Bitcoin yang menggunakan elektrik secara curang.