Translate

08 July 2020

Seorang lans koperal polis didakwa ambil rasuah (Video)




Harian Metro
8 Julai 2020

Seorang lans koperal polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Johor Bahru atas empat tuduhan menerima rasuah daripada orang awam pada 2016 dan 2017.

 Tertuduh, Mohd Rosdi Muhammad, 32, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

 Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

 Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Ogos depan untuk sebutan semula kes.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED