Harian Metro
2Julai 2020
Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, semua mereka berusia 18 hingga 53 tahun itu ditahan dalam dua bot nelayan di 134.6 batu nautika dari pantai Kuala Terengganu, kira-kira 50 batu nautika dari sempadan antarabangsa.
Katanya, bot berkenaan dikesan menangkap ikan menggunakan kaedah tunda gading pada 8.45 malam dan 9 malam. Menyedari kehadiran Kapal Maritim (KM) Langkawi, nelayan Vietnam terbabit memutuskan tali pukat sebelum melarikan diri ke sempadan perairan.
Namun mereka gagal dan sempat dipintas.
Anggota merampas dua tan ikan baja, satu tan ikan campur, 60 kilogram sotong kering dan 6,000 liter diesel serta peralatan menangkap ikan yang keseluruhannya bernilai RM2 juta termasuk kapal.