Translate

18 July 2020

#Covid-19 #Malaysia l New Cases-9 {Local-5 Imported-4 } | Active-96 | Total-8764 | Discharged-8546 | Deaths-122



Image

Kenyataan Akhbar KPK 18 Julai 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat lima (5) kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,546 kes (97.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - 18July-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 18 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat sembilan (9) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,764 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 96 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada sembilan (9) kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga (3) orang warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara yang berkahwin dengan rakyat Malaysia. Empat (4) kes import tersebut adalah dari negara:

  • Indonesia – Dua (2) kes;
  • Singapura – Satu (1) kes;
  • Pakistan – Satu (1) kes.

Daripada lima (5) kes penularan di dalam negara,  satu (1) kes adalah bukan warganegara Malaysia iaitu kes saringan sebelum berlepas ke luar negara (China). Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Baki empat (4) kes penularan di dalam negara pula adalah di kalangan warganegara Malaysia, iaitu seperti berikut:

  • Sarawak–  empat (4) kes:
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat dalam Kluster Status terkini kluster ini akan diperincikan di bawah;
    • Satu (1) kes saringan pra prosedur di Hospital Bau, Kuching;
    • Dua (2) kes daripada Kluster Stutong, iaitu kluster baharu. Kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, hanya satu (1) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 122 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

GRAF-NEW-White-Update-case-number-covid-19-01 (10)

KLUSTER STUTONG

KKM ingin memaklumkan sebuah kluster baharu yang telah dikesan di sebuah pasar di Stutong, Sarawak. Sehingga 18 Julai 2020 jam 12 tengah hari, 218 orang penjaja telah disaring, iaitu terdiri daripada 213 warganegara Malaysia dan lima (5) bukan warganegara iaitu:

  • Tiga (3) warga China;
  • Satu (1) warga Indonesia; dan
  • Satu (1) warga Vietnam.

Daripada jumlah saringan ini, 56 orang telah disampel. Keputusan persampelan setakat ini adalah seperti berikut:

  • Dua (2) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 54 adalah negatif.

Kluster ini dikesan hasil saringan COVID-19 bagi penjaja-penjaja pasar tersebut yang dikenalpasti sebagai salah satu kumpulan sasar dalam pendekatan tertumpu (targeted approach).

Pasar ini telah ditutup buat sementara waktu bagi pelaksanaan aktiviti pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman. Punca jangkitan kluster adalah masih di dalam siasatan.

18072020

STATUS TERKINI KLUSTER MAMBONG

Sehingga 18 Julai 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah lima (5) kes positif COVID-19 telah dilaporkan daripada 70 orang yang telah disaring dalam Kluster Mambong. Seramai 65 orang masih menunggu keputusan.

Kluster ini melibatkan warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara, iaitu warga Filipina yang merupakan kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-8732). Punca jangkitan kluster masih di dalam siasatan.

STATUS KESIHATAN RAKYAT MALAYSIA DIBAWA PULANG DARI NEW DELHI, INDIA DALAM MISI BANTUAN KEMANUSIAAN DAN BENCANA

Seperti yang dimuatnaik dalam status di laman media sosial Ketua Pengarah Kesihatan pada 18 Julai 2020, kesemua 96 orang telah dibawa pulang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Membawa Rakyat Malaysia Pulang dari New Delhi, India adalah dalam keadaan sihat dan tidak bergejala. Ini termasuk 72 lelaki dan 24 perempuan dengan pecahan 92 dewasa dan empat (4) kanak-kanak. Ini susulan saringan kesihatan oleh petugas kesihatan yang bertugas di Pintu Masuk Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.

Swab sampel Nasopharyngeal telah diambil di Pintu Masuk Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA untuk ujian makmal pengesanan COVID-19 bagi 88 orang (lapan (8) orang ahli keluarga petugas kedutaan telah menjalankan ujian sebelum berlepas di India dan didapati Negatif COVID-19).

Semua mereka ditempatkan dalam pusat pengawasan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi, Enstek, Nilai untuk tempoh selama 14 hari. Kuarantin mandatori selama 14 hari ini dijalankan di pusat pemantauan yang ditetapkan, dan bukan sebagai Home Surveilance Order, dengan mengambil kira kumpulan ini telah kembali dari negara yang berisiko tinggi dengan jangkitan Pandemik COVID-19.

Pemantauan kesihatan dilakukan oleh petugas-petugas kesihatan dari Pejabat Kesihatan Seremban, Negeri Sembilan. Saringan kesihatan akan dibuat dua kali sehari bagi memastikan mereka ini benar-benar sihat dan boleh dibenarkan keluar setelah tamat proses pemantauan ini.

KKM akan terus memantau aspek kesihatan mereka dan memaklumkan umum dari semasa ke semasa.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM yang ingin menasihatkan orang ramai agar tidak leka dan terus kekal waspada. Pastikan saranan dan nasihat-nasihat kesihatan diamalkan pada setiap masa. Antara nasihat yang sewajarnya dijadikan satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian adalah:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

18 Julai 2020 @ 5.00 petang.

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 18 JULAI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS018
KEDAH099
PULAU PINANG0121
PERAK0258
SELANGOR1 (1)2,099
NEGERI SEMBILAN01,027
MELAKA0258
JOHOR0701
PAHANG0365
TERENGGANU0114
KELANTAN1 (1)158
SABAH0381
SARAWAK7 (2)601
W.P. KUALA LUMPUR02,449
W.P. PUTRAJAYA098
W.P. LABUAN017
JUMLAH KESELURUHAN(4)8,764

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import



Image

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED