Translate

07 July 2020

#Covid-19 #Malaysia l New Cases - 6 [ Local Infection Malaysian -2 Non M'sian - 0 | Imported - 4 ] Total- 8674 | Active Cases- 72 | Discharged- 8481 | Deaths-121





Image





Kenyataan Akhbar KPK 7 Julai 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat lima (5) kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,481 kes (97.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - 7July-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 7 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat enam (6) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,674 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 72 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada enam (6) kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, di mana semuanya melibatkan warganegara Malaysia.

Dua (2) kes penularan di dalam negara juga melibatkan warganegara Malaysia yang merupakan kes saringan di tempat kerja, di mana satu (1) kes adalah dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu (1) kes dari Selangor. Tiada kes di kalangan bukan warganegara dilaporkan pada hari ini.

Sehingga kini, terdapat dua (2) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kedua-dua kes tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

NEW-White-Update-case-number-covid-19 (2)

KEBERKESANAN PERINTAH PENGAWASAN DAN PEMERHATIAN DI RUMAH (HSO)

Adalah dimaklumkan bahawa sebanyak 647 kes positif COVID-19 import di kalangan pengembara (termasuk rakyat Malaysia dan pemastautin tetap) yang telah dikenalpasti positif di Malaysia sejak 3 April 2020 sehingga 7 Julai 2020 (jam 12 tengah hari). Ini adalah ketika bermulanya tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua yang dilaksanakan pada 1 April 2020. Berikut adalah perincian kes-kes ini berdasarkan fasa PKP:

772020

Ketika itu, Kerajaan telah mewajibkan semua individu yang pulang dari luar negara untuk menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang telah diwartakan di seluruh Malaysia iaitu mulai 3 April 2020. Tindakan ini telah diambil oleh Kerajaan sebagai langkah kawalan dan pembendungan penularan kes import jangkitan COVID-19 daripada menular dalam komuniti.

Menuju ke arah pemulihan Negara secara lebih menyeluruh, iaitu dari segi pemulihan sektor-sektor ekonomi dan kehidupan masyarakat Malaysia yang lebih menuju ke arah normal baharu, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah dilaksanakan oleh Kerajaan pada 10 Jun 2020. Bermula 10 Jun 2020 juga, individu yang pulang dari luar negara tidak lagi akan ditempatkan di pusat kuarantin, malahan perlu menjalani kuarantin di tempat kediaman masing-masing selama 14 hari iaitu Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah atau Home Surveillance Order (HSO).

Sukacita dimaklumkan bahawa, sejak pelaksanaan HSO ini, belum ada lagi penularan kes COVID-19 yang dilaporkan di kalangan ahli keluarga individu yang positif COVID-19 setelah menjalani HSO di rumah masing-masing. Ini merupakan tanda awal yang positif dalam pelaksanaan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah. Namun begitu, ini adalah tertakluk sepenuhnya kepada kepatuhan terhadap HSO yang ditetapkan agar tidak berlaku risiko jangkitan di dalam komuniti.

Justeru, pihak KKM menyeru pengembara yang pulang ke Malaysia supaya terus memberi kerjasama kepada pihak KKM dan patuh kepada syarat di bawah perintah ini agar dapat teruskan usaha kita semua dalam memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Pihak KKM menyeru agar orang ramai terus kekal waspada dan amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

7 Julai 2020 @ 5.00 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 7 JULAI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS018
KEDAH097
PULAU PINANG0121
PERAK0258
SELANGOR3 (2)2,065
NEGERI SEMBILAN01,027
MELAKA0256
JOHOR1 (1)694
PAHANG0365
TERENGGANU0111
KELANTAN0157
SABAH0378
SARAWAK0572
W.P. KUALA LUMPUR2 (1)2,441
W.P. PUTRAJAYA097
W.P. LABUAN017
JUMLAH KESELURUHAN6 (4)8,674

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED