Translate

17 July 2020

#Covid-19 #Malaysia l New Cases-18 {Local-8 Imported-10 } | Active-92 | Total-8755 | Discharged-8541 | Deaths-122



Image

Kenyataan Akhbar KPK 17 Julai 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) Di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,541 kes (97.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - 17July-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 17 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 18 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,755 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 92 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 18 kes baharu yang dilaporkan, 10 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tujuh (7) orang warganegara Malaysia dan tiga (3) bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja. Daripada lapan (8) kes penularan di dalam negara, enam (6) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan dua (2) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (6 kes) adalah :

  • Sarawak–  empat (4) kes:
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Umum Sarawak;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Pusat Perubatan Kuching. Kluster ini akan diperincikan di bawah;
    • Dua (2) kes saringan di tempat kerja. Mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak;
  • Terengganu: dua (2) kes daripada Kluster PUI Pitakwa. Kluster ini akan diperincikan di bawah.

Bagi kes jangkitan dalam negara (2 kes) di kalangan bukan warganegara pula adalah seperti berikut:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: satu (1) kes daripada Kluster PUI Shirala. Kluster ini akan diperincikan di bawah;
  • Selangor: satu (1) kes saringan sebelum berlepas ke luar negara. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga kini, terdapat tiga (3) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 122 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

GRAF-NEW-White-Update-case-number-covid-19-01 (9)

EMPAT (4) KLUSTER BAHARU TELAH DIKENALPASTI HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat buah kluster baharu yang telah dikenalpasti pada hari ini, iaitu:

  1. Kluster PUI Pitakwa

Kes indeks kluster ini merupakan seorang warganegara Malaysia (iaitu kes ke-8737) yang telah pulang ke Malaysia dari negara Nigeria pada 11 Julai 2020. Saringan COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA didapati negatif. Tiga (3) hari selepas ketibaan di Malaysia beliau perlu menjalani ujian ulangan bagi COVID-19 kerana mula mengalami gejala yang lebih teruk di mana beliau dikesan positif serta dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu.

Susulan itu, 44 kontak rapat telah dikenalpasti dan disaring terutama dari kalangan ahli keluarga, penumpang dan krew kapal terbang, pemandu teksi serta rakan sekerja. Daripada jumlah ini:

  • Dua (2) dikesan positif COVID-19 (iaitu kes ke-8754 dan 8755);
  • Tiga (3) negatif; dan
  • 39 masih menunggu keputusan.
  1. Kluster PUI Shirala

Kes indeks kluster ini merupakan seorang bukan warganegara golongan professional (iaitu kes ke-8730) dan telah tiba di Malaysia pada 6 Julai 2020 atas urusan kerja. Saringan COVID-19 di India dan kemudiannya di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA didapati negatif.

Lima (5) hari selepas ketibaan di Malaysia beliau perlu menjalani ujian ulangan bagi COVID-19 kerana mula mengalami gejala 11 Julai 2020 dan dikesan positif COVID-19. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Setakat ini, dua (2) kontak rapat telah dikenalpasti di mana satu (1) kes dikesan positif COVID-19 (kes ke-8738) dan seorang lagi adalah negatif.

  1. Kluster Pusat Perubatan Kuching

Kes indeks kluster ini merupakan seorang warganegara Malaysia (iaitu kes ke-8734) yang telah menjalani saringan COVID-19 kerana beliau berisiko tinggi (petugas kesihatan barisan hadapan), namun tidak mempunyai gejala. Beliau dikesan positif COVID-19 pada 14 Julai 2020 dan kemudiannya telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Setakat ini, satu (1) kes dikesan positif COVID-19 daripada 26 kontak rapat telah dikenalpasti termasuk ahli keluarga dan rakan sekerja. Manakala yang lain adalah negatif. Kes positif tersebut adalah ke-8744 dan merupakan rakan setugas kes ke 8734 di sebuah Pusat Perubatan di Kuching.

  1. Kluster Jupiter

Kes indeks kluster ini merupakan seorang bukan warganegara (iaitu kes ke-8723). Beliau merupakan seorang krew sebuah kapal yang berlayar dan mempunyai sejarah perjalanan ke Jepun dan Singapura. Beliau mula mengalami gejala pada 3 Julai 2020 dan gejala menjadi semakin teruk pada 11 Julai 2020 di perairan Sarawak. Beliau telah dimasukkan ke pusat perubatan dan saringan COVID-19 didapati positif. Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Bintulu, Sarawak.

Susulan itu, 29 kontak rapat telah dikenalpasti di dalam kapal tersebut di mana kesemuanya adalah merupakan krew kapal. Daripada jumlah ini:

  • Dua (2) dikesan positif COVID-19 (kes ke-8747, kes ke-8748); dan
  • 27 negatif.

Kluster ini adalah kluster import yang terpencil (isolated). Masyarakat sekeliling sememangnya tidak terdedah kepada krew kapal ini namun kes yang memerlukan rawatan akan segera dibawa ke pusat perubatan dan hospital.

Saringan dan siasatan selanjutnya sedang diteruskan bagi keempat-empat kluster ini. Maklumat terkini akan dimaklumkan dari masa ke masa.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM yang ingin menasihatkan orang ramai agar tidak leka dan terus kekal waspada. Pastikan saranan dan nasihat-nasihat kesihatan diamalkan pada setiap masa. Antara nasihat yang sewajarnya dijadikan satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian adalah:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

17 Julai 2020 @ 5.00 petang.

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 17 JULAI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS018
KEDAH099
PULAU PINANG0121
PERAK0258
SELANGOR4 (3)2,098
NEGERI SEMBILAN01,027
MELAKA0258
JOHOR0701
PAHANG0365
TERENGGANU2114
KELANTAN0157
SABAH1 (1)381
SARAWAK10 (6)594
W.P. KUALA LUMPUR12,449
W.P. PUTRAJAYA098
W.P. LABUAN017
JUMLAH KESELURUHAN18 (10)8,755

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import


Image

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED