Translate

09 July 2020

Azhar letak jawatan Pengerusi SPR, Azmi jalankan tugas Pengerusi




09/07/2020 01:29 PM



PUTRAJAYA, 9 Julai -- Datuk Azhar Azizan Harun meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkuat kuasa pada 29 Jun lepas.

SPR dalam kenyataan hari ini berkata Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom akan menjalankan tugas-tugas Pengerusi SPR sehingga pelantikan pengerusi baharu SPR, selaras dengan Perkara 114 (7) Perlembagaan Persekutuan.

SPR berkata peletakan jawatan itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan dimaklumkan melalui surat Istana Negara bertarikh 30 Jun 2020.


Azhar dilantik sebagai Pengerusi SPR pada 21 Sept 2018 menggantikan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang tamat tempoh perkhidmatan.

"SPR mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Azhar Azizan Harun atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sebagai Pengerusi SPR," kata suruhanjaya itu.

-- BERNAMA

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED