Translate

02 July 2020

51 individu didakwa di Mahkamah Sesyen di Kota Tinggi atas tuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang Geng Otong ( Video )







Image

Image


Harian Metro



Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sepenuhnya kegiatan penyeludupan migran terbesar di negara ini dengan melumpuhkan tiga sindiket penyeludupan utama menerusi Op Benteng: 

COVID 19 di Johor, Perak dan Pulau Pinang baru-baru ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata operasi dilaksanakan secara serentak menerusi operasi khas, Op Pintas Selatan 2020 (Johor), Op Benteng Lintang (Perak) dan Op Arakan (Pulau Pinang) bermula 4 Jun sehingga 20 Jun lalu.

 Beliau berkata, hasil operasi itu, seramai 111 suspek ditahan termasuk ahli-ahli kumpulan yang sudah dikenal pasti berada dalam tahanan penjara.

 Tiga sindiket dikenal pasti sebagai Geng Otong di Johor, Geng Halim (Perak) dan Geng Husen Maungdaw (Pulau Pinang).

 Huzir berkata, Geng Otong didalangi lelaki warga Indonesia dapati bergiat aktif dalam melakukan jenayah penyeludupan migran sejak 2014 sehingga kini.

 Geng Halim pula didapati bergiat aktif dalam melakukan jenayah penyeludupan migran sejak 2017 sehingga kini yang diketuai lelaki tempatan dikenali Halim dengan jumlah ahli melebihi 17 orang.”

 Geng Husen Maungdaw pula didapati bergiat aktif dalam melakukan jenayah penyeludupan migran dan samun sejak dari 2014 sehingga kini diketuai lelaki etnik Rohingya yang dikenali dengan nama panggilan Husen Maungdaw.
 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'Konsert Mega PMR 2025 Sabah tampil barisan artis p' 13 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 44 mins ago
A visitor from Inglewood viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 53 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 53 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'MARA siasat dakwaan buli pelatih OKU di GiatMARA A' 54 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'MARA siasat dakwaan buli pelatih OKU di GiatMARA A' 55 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Penganggur didakwa edar lebih 20 kilogram syabu | ' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 1 hr 25 mins ago