Kes kematian ke-35 (kes ke-1952) merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia berusia 57 tahun.— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 29, 2020
Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia. Beliau telah mula bergejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac 2020 dan kemudiannya ke HKL dan HSgB.
Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif pada 18 Mac 2020.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 29, 2020
Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 jam 4.00 petang.
KKM mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau.