Translate

25 March 2020

Hospital Putrajaya buat laporan polis terhadap dua selebriti berhubung youtube video yang menjejaskan imej Hospital dan kakitangan mengendalikan #COVID-19


BEST FBKL: Hope the police and Minister of Health evaluate this video in a proper manner and see the merits , Dayangku Intan seemed to highlight a short-coming, that all. I didn't see any malice in her video.She was just giving feedback. Plus she is kidney transplant patient as she gave her kidney to her husband. I think the problem is with Diva AA's video  go ahead and throw the book at him !

Hospital Putrajaya buat laporan polis video artis jejas imej petugas kesihatan
 Bernama
- 25 March 2020

Salinan laporan polis terhadap penularan dua video memperlekehkan kakitangan dan Hospital Putrajaya.

COVID-19: Hospital Putrajaya buat laporan polis dua video tular perlekeh paramedik


— BERNAMA


24/03/2020 11:03 PM

PUTRAJAYA, 24 Mac -- Hospital Putrajaya membuat laporan polis berhubung penularan dua video yang telah menjejaskan imej Hospital Putrajaya dan kredibiliti kakitangan serta para pegawai perubatan dalam mengendalikan COVID-19.

Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Hospital Putrajaya Datuk Dr Nora'i Mohd Said berkata video pertama dipercayai milik seorang selebriti yang mempunyai impak tontonan tinggi.

Video kedua pula adalah dari saluran YouTube, milik seorang lagi selebriti yang memperkatakan dan menyokong isu dibicarakan oleh pemilik selebriti pertama.

Dr Nora'i berkata isu berkenaan telah diperbesar-besarkan dengan perkataan-perkataan kesat terhadap petugas kesihatan yang menjalankan tugas.

"Pengurusan Hospital Putrajaya memandang serius akan perkara ini dan turut kesal dengan penularan video tersebut," katanya.

Beliau berkata orang awam seharusnya lebih peka dengan keadaan semasa wabak COVID-19 dan setiap petugas kesihatan telah mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan ditetapkan sepanjang mengendalikan wabak itu.

"Para petugas keletihan dan terpaksa mengenepikan ahli keluarga masing-masing demi tugas yang bahaya ini.

“Penularan ini telah memberi tekanan emosi kepada para petugas sedangkan sokongan moral dan semangat yang harus diberikan, dan bukannya kata cacian dan kesat seperti ini," katanya.

Dr Nora’i berkata laporan polis itu dibuat bertujuan mendapat tindakan sewajarnya daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap individu yang tidak menghormati tugas anggota paramedik.

-- BERNAMA



25/03/2020 12:13 AM

PUTRAJAYA, March 24 -- Putrajaya Hospital has lodged a police report over two viral videos that have allegedly tarnished the image and credibility of the hospital’s staff and medical officers involved in COVID-19 fight.

Its director Datuk Dr Nora’i Mohd Said in a statement today said one of the videos believed to belong to a celebrity with high viewership impact.

The second video was from YouTube Channel which belongs to another celebrity who supported the issue raised by the first celebrity, she said.


She said the videos contained abusive words towards health personnel involved.

“We take this issue seriously and are disappointed over the viral videos,” she said.

Dr Nora’i said the hospital management wanted the authorities to investigate the two videos and take appropriate actions against the individuals involved.


-- BERNAMA

Dayangku Intan's video describing her experience





DIVA AA and his videos.....




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED