Translate

28 March 2020

116 Jemaah hadir sembahyang Jumaat antara 400 yang ditahan polis ingkar PKP- Ismail Sabri


Ingkar PKP: Jemaah hadir sembahyang Jumaat antara 400 yang ditahan polis - Ismail Sabri

Firdaus Azil, Astro Awani | Mac 28, 2020 14:48 MYT


Kerajaan turut terima laporan segelintir masyarakat yang masih degil, dan melakukan aktiviti luaran walaupun berada dalam 'gated community'.

KUALA LUMPUR: Walaupun peratusan pematuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat kepada 97 peratus, masih ada yang berdegil dan sengaja tidak mengendahkan arahan kerajaan untuk duduk di rumah.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, statistik menunjukkan 320 tangkapan telah dilakukan semalam (28 Mac), manakala 162 lagi ditahan pada hari sebelumnya kerana keluar rumah tanpa alasan munasabah.

“Ramai lagi yang masih tidak patuh kepada arahan. Semalam di satu daerah, solat Jumaat telah masih lagi diadakan walaupun arahan telah dikeluarkan supaya tidak ada solat Jumaat dan kita minta solat di rumah.

"Tetapi ada di satu daerah mereka adakan solat Jumaat, 116 daripada jemaah itu ditahan polis. Dan kita juga difahamkan ada lima masjid buat solat berjemaah. Saya harap tidak lagi berlaku keingkaran kepada pematuhan PKP yang telah diperkenalkan,” katanya pada sidang media harian mengenai wabak COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bera itu berkata, beliau telah menerima laporan mengenai segelintir masyarakat atasan yang masih degil, dan melakukan aktiviti luaran walaupun berada dalam kawasan komuniti berpagar (gated community).

“Semalam terdapat kes dimana masyarakat kita di dalam gated community ingkar, dengan mengadakan jogging beramai-ramai. Mereka telah diambil tindakan dan saya berharap tidak berlaku lagi pengingkaran ini, walaupun dalam gated community.

“Perintah ini dikenakan kepada semua orang, sesiapa saja, sama ada di luar, dalam gated, mana-mana sekali pun perintah ini adalah menyeluruh,” tegasnya lagi.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Vermont viewed 'April 2017' 13 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Just 15 days left for credit and debit cardholders' 59 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Dian Sastrowardoyo tampil membuat penjelasan.selep' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Real Madrid Defend their Champions League Title be' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'DBKL Besar Sangat Ke Kesalahan Abang Belon? | BEST' 3 hrs 12 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 3 hrs 24 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Singaporean Woman Contract Specialist With US Navy' 3 hrs 44 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 4 hrs 5 mins ago
A visitor from New york viewed 'U.S. President Donald Trump told his Philippine co' 4 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar luang masa baca kad raya kreatif daripada' 4 hrs 53 mins ago