Salam takziah buat waris Allahyarhamah Saziah Mohd Said, Pembantu Tadbir, Bahagian Sumber Manusia, KKM.— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 29, 2020
Allahyarhamah berumur 57 tahun, positif COVID-19 telah disahkan meninggal dunia di HKL pada 29 Mac, jam 4pm. - Menteri Kesihatan, Dato Seri @DrAdhamBaba pic.twitter.com/XJQbdH3qgD
Kes kematian ke-35 (kes ke-1952) merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia berusia 57 tahun.— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 29, 2020
Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia. Beliau telah mula bergejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac 2020 dan kemudiannya ke HKL dan HSgB.
Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif pada 18 Mac 2020.— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 29, 2020
Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 jam 4.00 petang.
KKM mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau.