Translate

26 March 2020

POLIS tangkap seorang lelaki warga Myanmar yang dipercayai meragut pembantu jururawat



Warga asing ditahan ragut pembantu jururawat

POLIS menahan seorang lelaki warga Myanmar selepas dipercayai meragut pembantu jururawat di Gombak, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lelaki berusia 20 tahun itu ditahan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak 2 petang hari ini.

“Suspek berjaya dikesan di kawasan Rawang sebelum ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

“Barang-barang mangsa yang diragut berjaya ditemui semula,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Arifai berkata, suspek akan direman bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kelmarin, wanita berusia 21 tahun itu diragut suspek ketika membuka pintu pagar rumahnya.

Mangsa tidak cedera dan tiada kerugian, sebaliknya hanya kehilangan Mykad, kad bank dan dokumen pejabat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2020 @ 4:36 PM

#HarianMetro

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 4 hrs 8 mins ago
A visitor from Reading viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 4 hrs 10 mins ago
A visitor from Brandenburg viewed 'Operasi Bas Rapid Transit laluan Sunway diubah sem' 4 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 5 hrs 2 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 5 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 5 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 5 hrs 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 5 hrs 28 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 5 hrs 33 mins ago