Translate

24 March 2020

Covid-19 LIVE Malaysia Update KKM - New Cases -106 , Total Cases-1624 , Discharged- 183, ICU-64 , Deaths-15 ,



TERKINI: Jumlah kematian di Malaysia akibat #COVIDー19 setakat ini ialah 15. Daripada 15 kematian itu, 10 kematian atau 67% adalah kluster tabligh manakala selebihnya mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.


TERKINI: 106 kes baru #COVIDー19 dilaporkan di Malaysia menjadikan 1,624 kes keseluruhan, 24 Mac 2020. Daripada 106 kes itu, 43 dari kluster tabligh selebihnya iaitu 63 lain-lain kluster yg masih dlm siasatan. 64 pesakit di ICU termasuk 24 memerlukan bantuan pernafasan.


TERKINI: 24 lagi pesakit #COVIDー19 di Malaysia telah sembuh dan discaj hospital. Ini menjadikan 183 pesakit sembuh keseluruhan atau 11.3%.


Kes kematian ke-15 ini merupakan kes ke-1519, lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka. Beliau disyaki mempunyai kontak dengan kes positif COVID19 (kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling.


Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020.


Seramai 8,954 jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Sri Petaling telah disaring. Daripada jumlah itu: 1. 986 atau 11% didapati positif 2. 5,245 didapati negatif 3. 2,704 masih 'pending'



Kenyataan Akhbar KPK 24 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULI
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 24 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 183 kes.
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 24 Mac 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 106 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,624 kes. Berdasarkan siasatan awal, daripada 106 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 43 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan di Seri Petaling. 63 kes lagi adalah berkaitan dengan lain-lain kluster dan masih lagi dalam siasatan untuk kepastian.
Sehingga kini, seramai 64 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.
arf
Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) kes kematian baru berkaitan COVID-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre(CPRC) Kebangsaan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 15 kes.
  • Kes kematian ke-15 merupakan kes ke-1519, lelaki warganegara Malaysia berumur 70 tahun. Beliau mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi, dan disyaki mempunyai sejarah kontak dengan kes positif COVID-19 (iaitu kes ke-703 semasa solat Jumaat). Beliau mempunyai gejala selama seminggu iaitu demam, batuk dan kesesakan nafas untuk tiga (3) hari. Beliau telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 18 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot dan telah diberi bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2020, jam 5.35 pagi.
KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.
UJIAN PENGESANAN COVID-19
Untuk makluman, ujian makmal yang dijalankan di makmal fasiliti kesihatan kerajaan bagi mengesan jangkitan COVID-19 adalah dengan menggunakan teknik Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR). Ujian rRT-PCR yang dijalankan akan mengesan kehadiran virus COVID-19 yang terdapat di dalam badan pesakit. Justeru, ujian rRT-PCR COVID-19 yang positif bermaksud individu tersebut telah dijangkiti oleh virus COVID-19. Keputusan ujian yang tepat melalui teknik rRT-PCR adalah amat penting dalam pengurusan pesakit COVID-19 yang berkesan.
Manakala ujian melalui teknik rapid test kit (RTK) yang kini terdapat di pasaran adalah bagi mengesan antibodi yang terhasil di dalam badan akibat jangkitan yang dialami. Antibodi muncul di dalam badan sekitar 5-8 hari selepas jangkitan. Ujian RTK yang mengesan antibodi tidak dapat mengesan virus dan membuat pengesahan pantas jangkitan. Ini menyebabkan ia tidak dapat membantu dalam pengesanan awal kes COVID-19. Justeru, ujian RTK yang mengesan antibodi tidak disarankan untuk tujuan diagnosa COVID-19.
Oleh yang demikian, KKM menggesa orang ramai untuk tidak menjalani ujian RTK dengan sewenang-wenangnya tanpa mendapat khidmat nasihat dari Pengamal Perubatan, kerana ia berpotensi untuk menimbulkan salah tafsir dan keresahan terhadap keputusan ujian yang diperolehi.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihatkan orang ramai untuk berada di rumah sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan. Orang ramai dinasihatkan agar terus mengekalkan jarak sosial (social distancing) lebih dari satu (1) meter antara satu sama lain. Orang ramai digalakkan untuk melakukan aktiviti indoor bersama ahli keluarga.
Untuk makluman kepada umum, janganlah kita persalahkan jemaah tabligh. Janganlah kita diskriminasikan jemaah tabligh. Janganlah kita stigmakan jemaah tabligh. Apa yang penting, adalah kita bantu mengesan dan merawat jangkitan COVID-19 di kalangan jemaah tabligh, keluarga dan kontak mereka.
Adalah dimaklumkan bahawa KKM telah menjalankan kolaborasi dengan pihak MERCY Malaysia dalam memberikan perkhidmatan sokongan psikososial kepada rakyat Malaysia. Justeru, semua petugas barisan hadapan (frontliners) dan individu yang terkesan emosi daripada kejadian COVID-19 boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut dengan menghubungi talian berikut:
  • 011-63996482 / 011-63994236 / 03-29359935
Waktu operasi bagi perkhidmatan sokongan psikososial adalah dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh petugas psikologi KKM dan sukarelawan MERCY Malaysia.
Seterusnya, sekiranya tidak sihat, orang ramai boleh menghubungi virtual health advisory dan mengikuti sesi Webinar yang akan diadakan setiap hari bermula pada jam 9.00 pagi melalui pautan berikut bagi mendapatkan khidmat rundingan:
Orang awam juga boleh menghubungi talian CPRC Kebangsaan, KKM. Maklumat lanjut mengenai kejadian COVID-19 di Malaysia boleh juga didapati melalui saluran telegram CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia; https://t.me/cprckkm.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN

24 Mac 2020 @ 5:00 petang


BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 24 MAC 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI 
BILANGAN KES BAHARU
BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS09
KEDAH564
PULAU PINANG268
PERAK1798
SELANGOR27381
NEGERI SEMBILAN15109
MELAKA631
JOHOR4162
PAHANG056
TERENGGANU038
KELANTAN778
SABAH1170
SARAWAK583
W.P. KUALA LUMPUR15257
W.P. PUTRAJAYA215
W.P. LABUAN05
JUMLAH KESELURUHAN1061,624
 ____________________________________________________________________________________________
PRESS STATEMENT
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)
SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered
24 March 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 24 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 183 confirmed COVID-19 cases have fully recovered and discharged well.
Current Situation of COVID-19 in Malaysia
24 March 2020, 12 pm – A total of 106 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 1,624 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Based on preliminary investigation, of these 106 additional confirmed cases, 43 cases are related to the Tabligh gathering in Seri Petaling mosque. Investigations are still on-going for the remaining of 63 cases.
Currently, 64 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units(ICU), and of these, 27 cases are on ventilation support.
Regretfully, one (1) additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 15 COVID-19 deaths in Malaysia:
  1. Death #15: Case 1,519 is a 70 year-old Malaysian man. He has a history of diabetes and hypertension and suspected to have close contact with a confirmed COVID-19 case (Case 703) during Friday prayers. He had a history of fever and cough for one week, and difficulty breathing for three days. He was admitted into Sultanah Fatimah Hospital, Muar on 18 March 2020. His condition deteriorated and he was given ventilation support in ICU. He was pronounced dead on 24 March 2020 at 5.35 am.
MOH conveys condolences to his family members.
Tests for COVID-19 Detection
Laboratory tests conducted at government health laboratory facilities for COVID-19 use the Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR) technique. The rRT-PCR test will detect the presence of the COVID-19 virus in the patient’s body. Therefore, a positive COVID-19 rRT-PCR test means that the individual has been infected. Accurate test results through rRT-PCR techniques are crucial in the effective management of COVID-19 patients.
Meanwhile, the rapid test kit (RTK) now available in the market detects antibodies produced by the body in response to the infection. Antibodies usually appear in the body about 5 to 8 days after infection. RTK tests are not able to detect the virus and provide early confirmation of the infection. As such, it is not useful in the early detection of COVID-19 cases, and antibody-based RTK is not recommended for the diagnosis of COVID-19.
Therefore, MOH urges the public not to take the RTK test unnecessarily. RTK tests conducted without counselling by a Medical Practitioner have the potential to cause misinterpretation of the test results and thus cause undue anxiety.
Health Advisory on COVID-19
MOH advises the public to remain at home for the duration of enforcement of the Movement Control Order. The public must continue to practice social distancing of at least 1 metre from other individuals. The public is also encouraged to do indoor activities with family members.
MOH wishes to reiterate that Malaysians should not put the blame on the Tabligh members. Do not discriminate against the Tabligh members. Do not stigmatise the Tabligh members. Instead, it is important for Malaysians to assist in finding and treating COVID-19 infection amongst the Tabligh members, their families, friends and contacts.
MOH is also collaborating with MERCY Malaysia in providing psychosocial support services to all Malaysians. Therefore, all front-liners and individuals emotionally affected by COVID-19 can access the service through these following telephone numbers:
011-63996482 / 011-63994236 / 03-29359935
The operating hours for this psychosocial support services are from 8.00 am to 5.00 pm daily. This service is managed by MOH’s psychology team and MERCY Malaysia volunteers.
If unwell, please contact the Virtual Health Advisory for advice, and join the webinar session that is held daily starting at 9:00 am via the following link:
The public can also contact the National CPRC MOH hotline. Further information on the COVID-19 situation in Malaysia is also available through the National CPRC MOH Telegram channel https://t.me/cprckkm.
MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation based on all available information, and the public will be continuously updated on the latest information.
Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Director General of Health Malaysia

24 March 2020 @ 5.00 pm


Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States
(Cumulative, as of 24 March 2020, 12 pm)
StateNo. of New CasesCumulative
Perlis09
Kedah564
Pulau Pinang268
Perak1798
Selangor27381
Negeri Sembilan15109
Melaka631
Johor4162
Pahang056
Terengganu038
Kelantan778
Sabah1170
Sarawak583
WP Kuala Lumpur15257
WP Putrajaya215
WP Labuan05
Total1061,624




Image



Image


Image


Image


Image




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED