Translate

31 March 2020

#Covid-19 Malaysia Update: New Cases-140 , Total Cases-2766 , ICU-94 (Ventilator -60), Discharged - 58 Total Discharged- 537 Deaths-6 Total Deaths - 43



#Covid-19 Malaysia Update: 
New Cases-140 , 
Total Cases-2766 ,
 ICU-94 (Ventilator -60), 
Discharged - 58 Total Discharged- 537 
Deaths-6  Total Deaths - 43

Kenyataan Akhbar KPK 31 May 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia


STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 58 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 537 kes (19.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 31 Mac 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 140 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,766 kes.
Sehingga kini, seramai 94 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 60 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini terdapat pertambahan enam (6) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 43 kes (1.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):
  • Kes kematian ke-38 (kes ke-2269) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 48 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan kontak kepada kes ke-2750. Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan pada 25 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 4.04 petang.
  • Kes kematian ke-39 (kes ke-2626) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 69 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara Arab Saudi. Beliau telah meninggal dunia pada 27 Mac 2020 di rumah beliau dan jenazah beliau dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.
  • Kes kematian ke-40 (kes ke-2627) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 69 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor. Beliau disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 1:03 petang.
  • Kes kematian ke-41 (kes ke-1275) merupakan lelaki warganegara Indonesia berumur 40 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 1.38 pagi.
  • Kes kematian ke-42 (kes ke-2628) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 81 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 27 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 7.09 pagi.
  • Kes kematian ke-43 (kes ke-2629) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 73 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 4.30 petang.
KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka. 
EVALUASI RINGKAS SITUASI SELEPAS PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN SELAMA DUA (2) MINGGU
Setelah dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita dapat melihat tren jumlah kes baharu yang dilaporkan setiap hari (Lampiran 2). Didapati jumlah kes harian terus meningkat dan kadang kala mendatar, manakala jumlah kes harian yang didiscaj dari wad meningkat saban hari. Data ini menunjukkan kesan daripada aktiviti yang dijalankan oleh KKM dan pelbagai agensi dalam tempoh satu bulan kebelakangan ini. Namun begitu, tempoh dua minggu yang seterusnya adalah mustahak, di mana ia akan menentukan samada tindakan yang diambil oleh kerajaan setakat ini memberi impak yang diharapkan. Ini sememangnya berkait rapat dengan tingkah laku masyarakat dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Statistik juga menunjukkan terdapat dua (2) kumpulan umur masyarakat yang paling tinggi kes positif COVID-19 berbanding kumpulan umur yang lain. Dua kumpulan tersebut adalah dalam lingkungan 26 sehingga 30 tahun dan juga 56 sehingga 60 tahun.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua akan mula berkuatkuasa pada 1 April 2020 sehingga 14 April 2020, manakala beberapa lokasi telah diisytihar sebagai lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order). Seperti dimaklumkan, tempoh dua minggu akan datang ini adalah amat penting di mana kerjasama semua pihak adalah amat diperlukan bagi memastikan rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.
Justeru, KKM ingin menasihatkan orang ramai untuk duduk di rumah (‘stay at home’) sambil mengamalkan etika kebersihan diri misalnya kerap membasuh tangan dan jarakkan diri (sosial distancing) antara satu sama lain. Sekiranya mempunyai gejala, gunakan penutup hidung dan mulut. Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan mengamalkan perkara-perkara berikut;
  • Makan secara sihat dengan menyediakan menu sihat dan seimbang. Kurangkan pengambilan gula, garam dan lemak, manakala lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Jalani gaya hidup yang aktif dengan melakukan aktiviti fizikal ataupun senaman ringan.
  • Bagi mereka yang merokok, gunakan peluang ini untuk berhenti merokok. Bukan perokok pula boleh ‘speak out’ kepada ahli keluarga yang merokok agar semua bebas daripada bahaya rokok dan asap rokok.
  • Pupuk minda yang positif diri sendiri dan juga ahli keluarga. Amalkan teknik relaksasi yang betul dan tenangkan minda dalam menjalani kehidupan seharian.
Sekiranya diperlukan khidmat nasihat, orang awam boleh menghubungi virtual health advisory dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang setiap hari dan mengikuti sesi Facebook live KKM dari 10.00 pagi hingga 10.30 pagi dan Facebook live DoctorOnCall dari 3.00 petang hingga 3.30 petang yang akan diadakan dari hari Isnin sehingga Jumaat.
Orang awam juga boleh menghubungi talian CPRC Kebangsaan, KKM. Maklumat lanjut mengenai kejadian COVID-19 di Malaysia boleh juga didapati melalui saluran telegram CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia; https://t.me/cprckkm.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

31 Mac 2020 @ 5.00 petang

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 31 MAC 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI 
BILANGAN KES BAHARU
BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS112
KEDAH077
PULAU PINANG694
PERAK5189
SELANGOR32704
NEGERI SEMBILAN9181
MELAKA252
JOHOR16349
PAHANG3102
TERENGGANU047
KELANTAN4131
SABAH5206
SARAWAK21156
W.P. KUALA LUMPUR34430
W.P. PUTRAJAYA226
W.P. LABUAN010
JUMLAH KESELURUHAN1402,766

WhatsApp Image 2020-03-31 at 4.16.13 PM
Sumber: CPRC Kebangsaan
WhatsApp Image 2020-03-31 at 4.43.20 PM
Sumber: CPRC Kebangsaan


Image

Image

Image



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED