Translate

27 March 2020

Bermain bola sepak dan berjoging ketika PKP, tujuh individu ditahan

Image

Bermain bola sepak dan berjoging ketika PKP, tujuh individu ditahan

Astro Awani | Diterbitkan pada Mac 27, 2020 06:31 MYT

Bermain bola sepak dan berjoging ketika PKP, tujuh individu ditahan

Mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Pulau Tikus untuk tindakan lanjut kerana melakukan pelanggaran PKP dan dipercayai melakukan perbuatan yang boleh merebakkan jangkitan penyakit berbahaya. - Foto PDRM

GEORGE TOWN: Padah mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tujuh individu di Pulau Tikus, Pulau Pinang, ditahan polis pada Khamis.

Kesemua individu terbabit ditahan ketika sedang bermain bola sepak dan berjoging di sebuah padang di Pulau Tikus kira-kira jam 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Suffian Santong berkata, mereka yang berusia 23 hingga 56 tahun itu ditahan sepasukan polis yang ketika itu sedang menjalankan Ops COVID-19 di sekitar kawasan berkenaan.

Katanya, ketika anggota polis melalui kawasan berkenaan, enam individu didapati sedang bermain bola sepak manakala seorang lagi disyaki sedang berjoging.

Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Pulau Tikus untuk tindakan lanjut kerana melakukan pelanggaran PKP dan dipercayai melakukan perbuatan yang boleh merebakkan jangkitan penyakit berbahaya.

Kerajaan telah mengeluarkan amaran PKP yang bermula 18 Mac sehingga 31 Mac dan dilanjutkan sehingga 14 April.

Kesemua individu yang ditahan akan direman di Mahkamah pada Jumaat dan kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Makati city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 22 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 34 mins ago
A visitor from Olongapo city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 48 mins ago
A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'SOP Rentas Negeri Dalam Peringkat Akhir Sebelum Di' 57 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 2 hrs 11 mins ago
A visitor from Durham viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 2 hrs 43 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 3 hrs 50 mins ago