Translate

25 March 2020

POLIS memburu seorang lelaki selepas meragut beg tangan pembantu jururawat yang baru pulang dari rumahnya di Rawang






Buru lelaki ragut pembantu jururawat

MyMetro


POLIS memburu seorang lelaki selepas meragut beg tangan pembantu jururawat yang baru pulang dari rumahnya berhampiran sebuah restoran di Bandar Baru Rawang, dekat sini, semalam. FOTO NSTP

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

POLIS memburu seorang lelaki selepas meragut beg tangan pembantu jururawat yang baru pulang dari rumahnya berhampiran sebuah restoran di Bandar Baru Rawang, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.50 malam itu, wanita berusia 21 tahun sedang membuka pintu pagar sebelum didatangi suspek dan meragut beg tangannya.


Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, suspek kemudian melarikan diri ke arah tidak pasti selepas meragut.


Menurutnya, mangsa tidak cedera dan tiada kerugian sebaliknya yang hilang hanya Mykad, kad bank dan dokumen pejabat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Mohd Asma Ramdan di talian 03-61262222 atau 019-7000694.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2020 @ 9:16 PM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED