Translate

11 March 2020

MAATFA minta kerajaan menghapuskan cukai hiburan 25 peratus yang dimasukkan ke dalam tiket pengunjung.


Tarikh Kemaskini :
11/03/2020 12:35 AM

KUALA LUMPUR, 10 Mac -- Untuk menarik kunjungan lebih ramai pelancong tempatan dan asing, pengusaha taman tema meminta kerajaan baharu Malaysia menghapuskan cukai hiburan sebanyak 25 peratus yang dimasukkan ke dalam tiket pengunjung.

Presiden Persatuan Hiburan Taman Tema dan Tarikan Keluarga Malaysia (MAATFA) Tan Sri Richard CK Koh berkata pihaknya akan menghantar kertas cadangan tidak lama lagi kepada kerajaan agar memansuhkan cukai itu, yang terletak di bawah Akta Duti Hiburan 1953.

Beliau berkata cukai itu pada mulanya diperkenalkan di taman tema yang mempunyai zon hiburan seperti perjudian, pertaruhan sukan dan kelab malam di mana pelanggan mengeluarkan wang yang banyak

“Kini taman tema telah menjadi zon yang berorientasikan keluarga di mana kanak-kanak dan keluarga berkumpul dan tiada lagi kawasan perjudian serta arena tinju seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Bagaimanapun kita masih mengenakan cukai itu dalam bayaran masuk yang menyaksikan tambahan 25 peratus daripada harga tiket dan menjadikan harga tiket taman tema begitu mahal kepada pengunjung,” katanya semasa sidang akhbar bagi mempromosi Cuti-Cuti Malaysia di ibu pejabat Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di sini hari ini.

Mengulas kesan penularan COVID-19, Koh berkata dari bulan Januari hingga Februari, taman tema di Malaysia telah kehilangan hampir 50 peratus pengunjung dengan kerugian berjumlah RM40 juta dari segi pendapatan.

Beliau berkata laporan media dan berita palsu mengenai virus itu telah mencetuskan ketakutan dalam kalangan orang ramai, oleh itu, ramai yang lebih rela berada di dalam rumah.

“Kami telah memaklumkan kesemua 52 anggota (pengusaha taman tema) di seluruh negara mengenai langkah berjaga-jaga yang sesuai termasuk membersihkan dengan teliti taman-taman dan tarikan mereka serta meletakkan pembasmi kuman tangan di kesemua 82 taman di seluruh negara,” katanya.

Bagaimanapun menurut Koh, sejak awal bulan Mac, jumlah pengunjung taman tema di seluruh negara telah menunjukkan beberapa peningkatan.

"Saya rasa orang ramai semakin bosan berada di dalam rumah dan ingin menghabiskan masa di luar, selepas Mei tahun ini diharapkan semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya.

Sementara itu, dengan kerjasama Tourism Malaysia, MATTA kini menganjurkan Cuti-Cuti Malaysia by MATTA Fair dari 4 hingga 5 April di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang merupakan pameran eksklusif pertama yang mempromosi serta menjual hotel destinasi dan tarikan domestik.

MATTA juga bekerjasama dengan MAATFA bagi membolehkan pengunjung menikmati taman tema, yang telah menarik ramai pelancong pada masa lalu dan kesemua taman tema ini akan mengadakan promosi besar-besaran di pameran itu.

--BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED