Translate

26 January 2020

Budak Cina yang dijangkiti coronavirus ditahan semula di lapangan terbang selepas laporan polis doktor




Budak China ditahan semula

MyMetro



KAKITANGAN hospital di Wuhan melakukan pemeriksaan. AFP

Mohamed Farid Noh
farid_noh@bh.com.my





KANAK-KANAK warga China berusia dua tahun yang disyaki dijangkiti koronavirus dan dilarikan ibu bapanya bagi mengelak dikuarantin di Johor Bahru, ditahan semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, malam tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarudin Md Din, juga mengesahkan laporan polis yang dibuat seorang doktor Hospital Sultanah Aminah (HSA) awal pagi semalam mengenai kejadian itu, yang tular di media sosial malam tadi.


“Ya, malam tadi mereka sudah ditahan semula di lapangan terbang dan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) bagi tindakan lanjut


“Malam tadi juga kesemua mereka dirujuk ke hospital bagi tindakan lanjut, ” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, tular di media sosial berhubung laporan polis oleh seorang doktor mengenai seorang kanak-kanak warga China berusia dua tahun yang dibawa keluar oleh ibu bapanya dari sebuah hospital kerajaan di Johor Bahru.

Ia selepas kanak-anak itu diarahkan menjalani kuarantin selepas disyaki mempunyai simptom wabak koronavirus.

Difahamkan, ibu bapa kanak-kanak itu tidak mahu anak mereka dikuarantin kerana mahu menaiki penerbangan pulang ke China.

Menerusi laporan polis yang tular, kanak-kanak itu mempunyai simptom influenza seperti demam dan batuk dan perlu dikuarantin.

Namun, bapanya terus berdegil walaupun dijelaskan mereka tidak akan dapat melepasi pemeriksaan ketat di lapangan terbang, sebaliknya hanya mahu anaknya dirawat dengan ubat demam dan batuk sahaja.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 January 2020 @ 10:10 AM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis mohon bantuan kesan lelaki hilang sejak 5 Ap' 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Siasatan dedah jutaan ringgit masuk akaun peribadi' 39 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 40 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Impian kanak-kanak penghidap kanser darah jadi ask' 54 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Siasatan dedah jutaan ringgit masuk akaun peribadi' 2 hrs 17 mins ago