Translate

07 November 2019

ENAM wanita Vietnam dan lima lelaki ditahan polis bersama pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM13,000 dalam operasi khas




11 ditahan bersama dadah

MyMetro


Kereta, wang tunai dan barang kemas yang dirampas daripada suspek dalam serbuan di Taman Bukit Kaya, Seremban pada 4 November lalu. Foto PDRM


Hasbi Sidek
mohd.hasbi@hmetro.com.my





ENAM wanita Vietnam dan lima lelaki ditahan polis bersama pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM13,000 dalam operasi khas di Seremban pada 4 November lalu.

Operasi berkenaan membabitkan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dilakukan di Taman Bukit Kaya.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Sembilan Superintendan Pang Jin Lai berkata, pihaknya turut menyita pelbagai harta dimiliki suspek yang dianggarkan bernilai RM154,685.


Menurutnya, kesemua yang ditahan itu berusia antara 23 hingga 35 tahun.

“Hasil pemeriksaan di lokasi serbuan menemui dadah jenis syabu seberat 79.81 gram, ketamin seberat 2.14 gram, tiga pil esktasi seberat 1.13 gram dan cecair ekstasi sebanyak 0.45 liter.

“Kami juga menyita harta yang dimiliki suspek terbabit iaitu kereta, barang kemas dan wang tunai.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap semua suspek mendapati mereka positif dadah jenis methaphetamine, namun tidak mempunyai rekod jenayah lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua suspek terbabit direman sehingga 11 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“JSJN IPK Negeri Sembilan amat serius dalam misi membanteras dadah habis-habisan dengan memberi tumpuan tangkapan kepada pengedar yang bergiat aktif selain melumpuhkan ekonomi mereka melalui sitaan harta,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 November 2019 @ 8:35 PM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Tiba Di Ibu Pejabat SPRM Untuk Sambun' 20 mins ago
A visitor from Osaka viewed 'Laporkan jika ada agamawan lakukan jenayah, langga' 22 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'A Great Place Where You' 35 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Lebih RM2 bilion peruntukan untuk ATM di Sabah - M' 41 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 45 mins ago
A visitor from Bayan lepas viewed 'Malaysia Full Cabinet List 2016 | BEST FBKL' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former Harrods owner accused of s*xual assault by ' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed '62 Pelajar Dakwa Jadi Mangsa, Dipaksa Tekan Tubi 2' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 1 hr 34 mins ago