Translate

04 November 2019

Datuk Hajjah Rosida (TKSU) dilantik sebagai KSU Baru Kementerian Wilayah Persekutuan




Tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Hajah Rosida binti Jaafar Atas pelantikan beliau sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Wilayah Persekutuan mulai 4 November 2019.

YBhg. Datuk Hajah Rosida binti Jaafar berkelulusan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Penilaian Tanah daripada University of Reading, England, United Kingdom dan A Level Cardiff, Wales. Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 30 tahun apabila mula menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 1 Ogos 1989. Berpengalaman di dalam tadbir urus, kewangan dan pembangunan sosio ekonomi melalui penempatan di pelbagai Agensi Kerajaan seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi serta Kementerian Wilayah Persekutuan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Sosio Ekonomi) sebelum dilantik ke jawatan semasa.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED